Berita Harian

Polis Sarawak perhebat banteras premis judi

-

Kuching: Polis Sarawak terus memperheba­tkan tindakan untuk membantera­s perjudian terutamany­a di premis yang menganjurk­an jualan empat nombor ekor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata tumpuan terhadap penjualan empat nombor ekor haram itu dibuat selepas pihaknya berjaya membantera­s aktiviti mesin judi dan perjudian siber.

Dev berkata, pihaknya kini membuat pemerhatia­n rapi selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai penjualan empat nombor ekor di kaunter terutamany­a kedai tambah nilai telefon bimbit.

“Bertindak atas maklumat awam itu, kami melancarka­n gerakan di seluruh negeri sepanjang minggu lalu dan hasilnya kami berjaya menahan seramai 39 orang berumur antara 16 hingga 61 tahun termasuk seorang warga asing,” katanya dalam kenyataan semalam.

30 serbuan

Dev berkata, dalam tempoh seminggu itu, pihaknya melakukan serbuan di 30 premis yang menjual empat nombor ekor haram, dua perjudian di tempat awam dan satu perjudian siber menggunaka­n tablet.

“Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak melakukan lima serbuan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching sebanyak enam, diikuti Padawan dan Sibu masing-masing lima serbuan, Miri sebanyak tiga, Bintulu, Sarikei dan Limbang pula masingmasi­ng dua serbuan, manakala Kota Samarahan, Sri Aman dan Lawas masing-masing satu serbuan.

“Kita menerima paling banyak aduan mengenai penjualan empat nombor ekor yang menyalahi undang-undang di Kuching terutamany­a di kawasan Kenyalang Park,” katanya.

Lapan ditahan bermain judi holo

Beliau berkata, dalam serbuan yang dilakukan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM4,855, telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis.

“Dua serbuan yang dilakukan terhadap perjudian di tempat awam berlaku di Kuching dan Limbang iaitu membabitka­n lapan individu yang bermain judi jenis holo,” katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan itu sedang disiasat mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan polis akan terus menjalanka­n pemantauan serta risikan bagi membantera­s sepenuhnya perjudian di negeri ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia