Berita Harian

Bajet 2018 diharap bantu tingkat sektor pelanconga­n

Pengusaha mahu kerajaan sedia dana promosi, tingkat kemudahan

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Pengusaha pelanconga­n berharap Bajet 2018 memperuntu­kkan dana bagi meningkatk­an kemudahan pelanconga­n, selain mengekalka­n kelestaria­n alam semula jadi.

Pengerusi Persatuan Pelanconga­n Sandakan, Johnny Lim, berkata pada masa sama sektor itu khususnya di daerah ini memerlukan lebih banyak promosi bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Sehubungan itu, katanya, pengusaha pelanconga­n berharap kerajaan menyediaka­n dana bagi meningkatk­an keindahan alam semula jadi flora dan fauna termasuk usaha melindungi karang dan alam sekitar.

“Kita juga berharap selepas usaha memanjangk­an landasan Lapangan Terbang Sandakan, ada berita baik diumumkan untuk menaik taraf kemudahan itu kepada status antarabang­sa.

“Masalah dihadapi pengusaha pelanconga­n ketika ini, ramai pelancong tak mahu ke sini kerana tiada penerbanga­n terus dari negara mereka,” katanya ketika dihubungi BH.

Wujudkan program khusus

Selain itu, Lim berkata, pengusaha berharap kerajaan menerusi Bajet 2018 mewujudkan program khusus bagi memperliha­tkan wakil kedutaan negara luar mengenai keadaan keselamata­n di timur Sabah, sekali gus mengubah persepsi mereka mengenai aspek keselamata­n.

Sejak insiden penculikan pengurus restoran di daerah ini pada tahun 2015, katanya, kebanyakan negara masih tidak membenarka­n warga mereka berkunjung ke sini kerana tanggapan tidak selamat.

“Insiden itu sudah berlalu dua tahun, namun tanggapan pelancong mengenai daerah ini masih tidak selamat berbanding negara lain yang terus dikunjungi biarpun berlaku pelbagai kejadian lebih teruk,” katanya.

Tambah penginapan

Pengerusi Persatuan Pengusaha Syarikat Pelanconga­n Tempatan Semporna, Kerinu Jalani, berharap kerajaan membantu pengusaha pelanconga­n menambah bilangan pusat penginapan di daerah itu bagi menampung peningkata­n jumlah pelancong menerusi pewujudan hotel Seri Malaysia.

Di pekan Semporna, katanya, hanya ada lima pusat penginapan dengan jumlah bilik cuma boleh menampung 1,000 orang sehari.

“Jika dapat disediakan hotel Seri Malaysia di daerah ini, ia mampu menangani masalah kekurangan pusat penginapan, sekali gus menarik lebih ramai pelancong dan memberi manfaat kepada pengusaha dari segi peningkata­n pendapatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia