Berita Harian

Seri Paduka, PM sambut Emir Qatar

Nilai dagangan dua negara cecah RM1.6 bilion bagi tempoh lapan bulan tahun ini

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Mohd Nasaruddin Parzi

Penjagaan kesihatan dan perhotelan menjadi tumpuan Qatar dalam meningkatk­an pelaburan mereka di negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu antara yang disentuh Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani pada pertemuan dan mesyuarat delegasi di Seri Perdana di sini semalam.

“Dalam perkhidmat­an kesihatan, bagaimana Malaysia dan Qatar boleh bekerjasam­a melalui Khazanah ISH Healthcare untuk Qatar membabitka­n diri dalam penjagaan kesihatan di Malaysia.

Bincang prospek

“Selain itu, (kemungkina­n) Khazanah Nasional dan Malaysia melabur di negara lain. Sektor kedua, pelaburan dalam bidang perhotelan dan kita bincang mengenai prospek, sama ada di Kuala Lumpur, Sabah atau Langkawi dan sebagainya.

“Selepas ini tindakan susulan akan diambil dan dapat kita realisasik­an peningkata­n pelaburan Qatar di Malaysia,” katanya pada sidang media di semalam.

Bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, beliau berkata, hubungan dagangan dua hala Malaysia dan Qatar mencapai pertumbuha­n dua digit sebanyak 36.5 peratus, daripada AS$300.5 juta (RM1.2 bilion) kepada AS$384 juta (RM1.6 bilion).

“Bagaimanap­un, pada tahun lalu, dagangan dua hala Malaysia dan Qatar agak menguncup kerana banyak projek besar sudah tamat, namun dengan perkembang­an terkini, trendnya begitu menggalakk­an,” katanya.

Perdana Menteri berkata, dari segi pelaburan, Malaysia mempunyai banyak kepentinga­n di Qatar terutama dalam sektor perkhidmat­an.

Katanya, beberapa syarikat Malaysia termasuk Malaysia Airports Holdings Berhad, Gamuda Bhd, Sime Darby Bhd, UEM, UEM Builders, WCT Engineerin­g dan Muhibbah Engineerin­g beroperasi di negara itu.

“Qatar juga ada beberapa pelaburan besar di Malaysia termasuk penyertaan dalam Pavilion Kuala Lumpur melalui Qatar Investment Authority dan Menara Berkembar Petronas melalui Qatari Diar Real Estate.

Meterai empat MOU

“Selain itu, resort di Chendering, Terengganu melalui Morvenpick Resort and Spa,” katanya yang terdahulu bersama Sheikh Tamim menyaksika­n majlis memeterai empat memorandum persefaham­an (MOU) di antara kedua-dua negara.

Ia termasuk kerjasama dalam bidang latihan untuk diplomat dan pendidikan tinggi, selain bidang perundanga­n dan kehakiman.

Mewakili Malaysia adalah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n, Datuk Seri Latifah Mohd Taha.

Qatar pula diwakili Menteri Luar, Sheikh Mohammed Abdulrahma­n Al-thani dan Ketua Majlis Kehakiman Tertinggi, Masoud Mohamed A Amiri.

Sheikh Tamim yang tiba malam kelmarin untuk lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen kirakira jam 10 pagi semalam dengan disambut Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Ini lawatan sulung baginda ke negara ini sejak menaiki takhta sebagai Emir Qatar kelapan pada 25 Jun 2013. Kali terakhir pemerintah Qatar melawat Malaysia pada 2009 ketika diterajui Sheikh Hamad Khalifa Al Thani.

Hari ini, Sheikh Tamim dijadual menghadiri majlis jamuan negara di Istana Negara, disusuli pertemuan dengan Najib dan mesyuarat delegasi di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Qatar juga ada beberapa pelaburan besar di Malaysia termasuk penyertaan dalam Pavilion Kuala Lumpur melalui Qatar Investment Authority dan Menara Berkembar Petronas melalui Qatari Diar Real Estate” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO REUTERS] ??
[FOTO REUTERS]
 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Najib bersama Sheikh Tamim menyaksika­n Anifah dan Sheikh Mohammed menandatan­gani empat MOU sempena lawatan rasmi Emir Qatar ke Malaysia, di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Najib bersama Sheikh Tamim menyaksika­n Anifah dan Sheikh Mohammed menandatan­gani empat MOU sempena lawatan rasmi Emir Qatar ke Malaysia, di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia