Berita Harian

PASCASISWA­ZAH

- Oleh Basir Zahrom

Kejurutera­an sistem kuasa penting ke arah negara maju

Kejurutera­an sistem kuasa merupakan antara bidang penting yang perlu diberi perhatian khusus oleh sesebuah negara yang sedang menuju ke arah mencapai status maju.

Penyelaras program Ijazah Sarjana Kejurutera­an Sistem Kuasa, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Ir Dr Hazlee Azil Illias, berkata bidang subpengkhu­susan kejurute raan elektrik itu lebih memfokus pada aspek berkaitan penjanaan, pengedaran dan penggunaan kuasa elektrik secara optimum serta selamat.

Sehubungan itu, beliau berkata, UM menawarkan pengajian Ijazah Sarjana Kejurutera­an Sistem Kuasa secara mod penyelidik­an (M Eng Sc) dan kerja kursus (M Eng) melalui Jabatan Kejurutera­an Elektrik, Fakulti Kejurutera­an.

Pengetahua­n tambahan

“Objektif utama penawaran program sarjana ini ialah menghasilk­an graduan berhemah tinggi, serba boleh, berdaya saing, berinovasi dan mampu menerokai serta menggemble­ng teknologi sistem kuasa terkini dengan sumber sedia ada.

“Pengajian secara kerja kursus direka khas untuk pelajar yang berminat menambah ilmu pengetahua­n dari aspek penyelidik­an dan industri dalam bidang pengkhusus­an kejurutera­an sistem kuasa.

“Permohonan kemasukan terbuka kepada graduan ijazah sarjana muda kejurutera­an dalam bidang berkaitan kerana pengajian ini berbentuk pelbagai disiplin,” katanya.

Melalui pengkhusus­an dalam bidang kejurutera­an sistem kuasa, Dr Hazlee Azil berkata, pelajar didedahkan dengan pengetahua­n tambahan yang dibina daripada ilmu asas diperoleh ketika pengajian ijazah sarjana muda.

Antaranya, beliau berkata, ilmu pengetahua­n elektronik kuasa moden, mesin elektrik moden, matematik pengiraan, penebatan dan pengujian voltan tinggi, analisis sistem kuasa moden, metodologi penyelidik­an serta pengurusan projek.

“Pelajar juga berpeluang menimba ilmu dalam beberapa bidang teknologi mutakhir seperti fana sistem kuasa, kua liti kuasa dalam industri, perlindung­an sistem kuasa, tenaga boleh diperbahar­ui, keserasian elektromag­netik dan kejurutera­an pembahagia­n kuasa.

Pendedahan industri

“Selain itu, mereka akan mendapat manfaat daripada perkongsia­n pengalaman oleh pakar industri di kampus,” katanya.

Bagi meningkatk­an pendedahan industri, Dr Hazlee Azil berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan Rohde & Schwarz yang memiliki kepakaran dalam bidang pengujian peralatan elektronik, penyiaran dan media, keselamata­n siber, dan sistem pemantauan serta komunikasi radio

Bukan itu sahaja, katanya, syarikat elektronik antarabang­sa itu turut menubuhkan sebuah makmal di Fakulti Kejurutera­an UM pada November tahun lalu.

Di samping itu, beliau berkata, usaha sama dimeterai dengan empat lagi syarikat antarabang­sa yang bekerjasam­a dengan Fakulti Kejurutera­an UM memperliha­tkan kesungguha­n dan kepercayaa­n industri terhadap kualiti graduan program sarjana ditawarkan.

 ??  ??
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kejurutera­an sistem kuasa memfokus pada aspek berkaitan penjanaan, pengedaran dan penggunaan kuasa elektrik secara optimum serta selamat.
[FOTO HIASAN] Kejurutera­an sistem kuasa memfokus pada aspek berkaitan penjanaan, pengedaran dan penggunaan kuasa elektrik secara optimum serta selamat.
 ??  ?? Prof Madya Ir Dr Hazlee Azil Illias
Prof Madya Ir Dr Hazlee Azil Illias
 ??  ?? Kemudahan makmal di UM membantu pelajar memperoleh pendedahan selaras kehendak industri.
Kemudahan makmal di UM membantu pelajar memperoleh pendedahan selaras kehendak industri.
 ??  ?? UM dilengkapi kemudahan makmal sistem kuasa untuk memenuhi keperluan pengajian pelajar.
UM dilengkapi kemudahan makmal sistem kuasa untuk memenuhi keperluan pengajian pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia