Berita Harian

Program Coca-cola KU via KPDNKK di UTM

-

Johor Bahru:

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk menjadi destinasi penganjura­n program Coca-cola Komuniti Usahawan (KU) via KPDNKK.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata terdahulu program sama sudah dijalankan di beberapa universiti awam (UA) bagi memberi pendedahan bidang keusahawan­an kepada mahasiswa.

Antara UA terbabit ialah Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Landasan tepat

“Sehingga kini, program ini sudah melatih lebih 5,000 bakal usahawan dan sedang berada di landasan tepat untuk men- capai sasaran memperkasa­kan 20,000 pemilik perniagaan dan pelajar universiti menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program itu di Dewan Sultan Iskandar UTM di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, serta Pengarah Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Coca-cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Belinda Ford.

Modul latihan

Pada program itu, sesi town hall bersama Hamzah dan Ford turut diadakan bagi memberi penerangan mengenai peluang ditawarkan melalui inisiatif berkenaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, peserta program itu diberi pendedahan Modul Latihan Coca-cola KU yang meliputi kaedah memulakan perniagaan, menyimpan rekod harian, serta menguruska­n pendapatan dan perbelanja­an.

 ??  ?? Hamzah (tiga dari kanan) bersama Prof Wahid (dua dari kanan) pada majlis perasmian program Coca-cola KU via KPDNKK di UTM.
Hamzah (tiga dari kanan) bersama Prof Wahid (dua dari kanan) pada majlis perasmian program Coca-cola KU via KPDNKK di UTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia