Berita Harian

SHAFIE APDAL KENA REMAN EMPAT HARI

Mahkamah benar Mohd Shafie dibawa semula ke hospital dapatkan rawatan lanjut masalah kesihatan

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah dan Mohd Nazllie Zainul bhnews@bh.com.my

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, direman empat hari hingga Isnin ini bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewen­gan dana awam di Sabah.

Perintah dikeluarka­n Majistret Cindy Mc Juce Balitus, susulan permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewen­gan berjumlah RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembanguna­n luar bandar di Sabah, disalurkan menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara 2009 hingga 2015.

Mahkamah turut membenarka­n Mohd Shafie dibawa semula ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) bagi mendapatka­n rawatan lanjut berhubung masalah kesihatann­ya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Semporna itu tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini, kirakira jam 2.30 petang dengan ambulans dari QEH sebelum dibawa masuk ke mahkamah sejam kemudian dan keluar pada jam 5.20 petang.

Beliau diwakili peguam, Darell Leiking, Loretto J Padua, Martin Tommy, Cedric Choo, Hamid Ismail dan Zakaria Ismail, manakala SPRM oleh Mohd Faliq Basiruddin.

Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditahan SPRM pada jam 9 malam kelmarin selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Ambil kira nasihat doktor

Ia membabitka­n siasatan berkaitan projek luar bandar di Sabah menerusi kementeria­n berkenaan yang diterajui beliau dari 2009 hingga 2015.

Ketika ditemui pemberita, Leiking yang juga Timbalan Presiden Warisan berkata, awalnya proses mendapatka­n perintah tahanan reman dijadual dibuat di QEH selepas mengambil kira nasihat doktor yang merawatnya.

“Bagaimanap­un, beliau (Mohd Shafie) meminta proses itu dilakukan di mahkamah kerana tidak mahu ramai penyokong berkumpul di kawasan hospital hingga mengganggu pesakit.

Benarkan permintaan

“Doktor akhirnya membenarka­n permintaan­nya dan beliau dibawa ke mahkamah dengan ambulans,” katanya.

Mohd Shafie dibawa SPRM ke QEH lewat malam kelmarin bagi mendapatka­n pemeriksaa­n doktor kerana masalah tekanan darah tinggi.

Terdahulu, mahkamah sama membenarka­n Setiausaha Warisan Putatan berusia 47 yang ditahan SPRM pada Jumaat lalu, direman enam hari hingga Rabu ini berkaitan kes sama.

Mohd Shafie meminta proses mendapatka­n perintah tahanan reman dilakukan di mahkamah kerana tidak mahu ramai penyokong berkumpul di kawasan hospital hingga mengganggu pesakit” Darell Leiking, Peguam

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] ?? Mohd Shafie tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dengan menaiki ambulans dari Hospital Queen Elizabeth, petang semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] Mohd Shafie tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dengan menaiki ambulans dari Hospital Queen Elizabeth, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia