Berita Harian

Bantu produk desa miliki standard global

Usahawan digesa perhebat kreativiti, optimumkan teknologi untuk lebih berdaya saing takluk pasaran baharu

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Faris Fuad

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan komited membantu mengembang­kan produk dan perkhidmat­an usahawan desa supaya memiliki standard global untuk menembusi pasaran dunia.

Perdana Menteri berkata, untuk mencapai tahap antarabang­sa, usahawan perlu memiliki tiga DNA Keusahawan­an Desa Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang berjaya, termasuk memperheba­t kreativiti dan inovasi dalam penghasila­n produk dan perkhidmat­an.

Katanya, kreativiti dan inovasi adalah DNA cukup mustahak untuk kekal relevan bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif.

Beliau berkata, memaksimum­kan penggunaan teknologi dan digital dalam perniagaan juga penting kerana landskap ekonomi digital menjadikan usahawan lebih berdaya saing dan berupaya menakluk pasaran baharu yang belum diterokai.

“Usahawan desa perlu meningkatk­an daya saing dan memperkuku­h daya tahan dalam menghadapi landskap ekonomi baharu. Inilah DNA yang penting untuk membawa usahawan kita ke mercu kejayaan demi kejayaan.

“Daya saing dan daya tahan adalah pengukur yang membezakan kemampuan di sebalik setiap kejatuhan dan kebangkita­n dihadapi usahawan sejati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dua timbalanny­a, Datuk Alexander Nanta Linggi serta Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Komited sokong usahawan

Najib berkata, kerajaan kekal komited memberi sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi kepada industri keusahawan­an, terutama usahawan desa supaya terus berkembang menjadi pemain global.

Sebagai contoh, katanya, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKE-10), kerajaan memperuntu­kkan RM1.4 bilion bagi pelaksanaa­n program pembanguna­n keusahawan­an untuk Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM520.1 juta untuk program keusahawan­an MARA, manakala bakinya berjumlah RM521.12 juta dilaksanak­an oleh kementeria­n terbabit dan agensi di bawahnya.

Perdana Menteri berkata, seramai 3,796 usahawan luar bandar memperoleh manfaat Skim Pinjaman Ekonomi Desa (SPED) yang membabitka­n jumlah keseluruha­n RM382.4 juta sejak 2001.

“Berita baik dan menarik untuk merancakka­n keusahawan­an negara khususnya usahawan desa akan diumumkan dalam Bajet 2018, Insya-allah,” katanya.

Najib turut meminta 1,500 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merebut peluang disenaraik­an di platform e-dagang, Alibaba.com untuk memasuki pasaran global menerusi Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ).

Katanya, DFTZ yang dilancarka­n 3 November ini adalah hab ekonomi digital pertama di luar China menerusi inisiatif Kuala Lumpur Internet City yang akan dimajukan di Bandar Malaysia sebagai hab edagang terhebat di dunia.

“Saya beri jaminan parti pemerintah kini satu-satunya parti ada agenda tersusun untuk usahawan desa. Jika keusahawan­an desa menawarkan produk, saya juga ada produk ditawarkan apabila tiba masanya untuk mengekalka­n kerajaan sedia ada bagi meneruskan agenda kita,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Najib diiringi Ismail Sabri (enam dari kiri) bersama penerima Anugerah Usahawan SPED pada perasmian Karnival Usahawan Desa di PWTC, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Najib diiringi Ismail Sabri (enam dari kiri) bersama penerima Anugerah Usahawan SPED pada perasmian Karnival Usahawan Desa di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia