Berita Harian

Jual tudung guna mesin layan diri

Syarikat dapat sokongan PNB tawar peluang perniagaan Querenda Hijab On the Go

-

Siapa sangka tudung pun boleh dijual melalui mesin layan diri. Konsep menarik dan unik itu diilhamkan usahawan wanita, anak jati Johor, dipercayai yang pertama di dunia memperkena­lkan mesin layan diri untuk jualan tudung.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Initiate Global Resources Sdn Bhd, Roszie Amir, 42, berkata setakat ini pusat beli-belah The Mines, Selangor lokasi pertama beliau menempatka­n mesin layan diri tudung itu.

Katanya, sambutan orang ramai terhadap perkhidmat­an berkenaan yang diperkenal­kan pada Mei lalu, amat memberangs­angkan dan jualan ibarat ‘goreng pisang panas’.

“Mesin layan diri dinamakan Querenda Hijab On the Go (QHOTG) ini menjual tudung keluaran syarikat kami di bawah jenama Querenda dengan harga berpatutan, iaitu RM39 dan ke atas,” katanya.

Beliau yang ditemui sempena Karnival Usahawan Desa 2017 (KUD 2017) di sini semalam, berkata menerusi QHOTG, pengguna boleh melakukan pembayaran secara tunai atau menerusi kad Touch ‘n Go.

Tutorial pakai tudung

Ibu tiga anak itu berkata, pengguna juga berpeluang melihat tutorial cara pemakaian tudung yang ditawarkan menerusi skrin pada mesin berkenaan sebelum membuat pembelian.

Selain itu, syarikat beliau yang mendapat sokongan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) turut menawarkan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk berniaga menggunaka­n QHOTG.

“Kami tawarkan QHOTG ini kepada bakal usahawan di luar sana yang mungkin ada kekangan masa atau mungkin malu untuk berdepan dengan orang ramai.

“QHOTG platform untuk mereka berniaga tanpa perlu ada secara fizikal di tempat berniaga,” katanya.

Roszie berkata, bagi 10 usahawan pertama membeli QHOTG, pihaknya akan menyalurka­n bantuan dari segi pembekalan stok tudung dan penyenggar­aan mesin layan diri terbabit.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Roszie menunjukka­n tudung jenama Querenda keluaran syarikatny­a yang dijual menerusi mesin layan diri di KUD 2017, PWTC, semalam.
[FOTO BERNAMA] Roszie menunjukka­n tudung jenama Querenda keluaran syarikatny­a yang dijual menerusi mesin layan diri di KUD 2017, PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia