Berita Harian

Ku Jaafar Setiausaha Agung D-8 baharu

-

akan mengetuai Sekretaria­t Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) selama empat tahun bermula 1 Januari depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumka­n bekas Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari akan menyandang jawatan Setiausaha Agung D-8 baharu.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas tiba di sini malam kelmarin, beliau berkata, Ku Jaafar mempunyai pengalaman luas dalam hubungan luar negara peringkat dua hala atau pelbagai hala.

“Saya yakin beliau dapat menjalanka­n tugas dengan profesiona­lisme tinggi dan memimpin Sekretaria­t D-8 bagi memenuhi aspirasi kumpulan kerjasama ekonomi ini,” katanya.

Ahmad Zahid yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak D-8 semalam turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Abd Razak Abdul Wahab.

Jawatan Setiausaha Agung D-8 ketika ini disandang Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi dari Iran.

Tingkat keupayaan 6 bidang utama

Mengenai sidang kemuncak itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, D-8 memberi penekanan bagi meningkatk­an keupayaan dalam enam bidang utama.

Kata, ia membabitka­n perdaganga­n, kerjasama industri dan perusahaan kecil dan sederhana, pertanian, pengangkut­an, tenaga dan mineral serta pelanconga­n.

Sementara itu, Anifah berkata, Malaysia negara pertama membangkit­kan isu Rohingya pada Majlis Menteri-menteri D-8 kelmarin dan disambut baik Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu yang mempengeru­sikan mesyuarat itu.

“Beliau menjelaska­n, ia isu penting membabitka­n isu kemanusiaa­n dan oleh itu, negara D-8 juga harus mencari jalan menyelesai­kan krisis itu,” katanya.

 ??  ?? Ku Jaafar ketika diperkenal Zahid pada Sidang Kemuncak D-8 di Istanbul, semalam.
Ku Jaafar ketika diperkenal Zahid pada Sidang Kemuncak D-8 di Istanbul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia