Berita Harian

SPRM diminta siasat ADUN DAP

-

Georgetown: Satu laporan dibuat kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada DAP.

Laporan oleh Penang Front Party (PFP) itu supaya SPRM menyiasat ADUN terbabit yang didakwa melobi pelbagai projek kerajaan negeri bagi sebuah syarikat yang mempunyai kaitan secara langsung dengannya.

Presiden PFP, Datuk Patrick Ooi, mendakwa ADUN berkenaan menerima gaji dan elaun daripada syarikat terbabit.

Beliau juga mendakwa, bukti mengenai dakwaan salah guna kuasa oleh wakil rakyat berkenaan juga sudah dikumpul sejak enam bulan lalu.

Campur tangan urusan dokumentas­i

“ADUN berkenaan dikata mengarahka­n pelbagai projek bernilai berbilion-bilion ringgit diserahkan kepada syarikat terbabit.

“Beliau juga didakwa turut campur tangan dalam urusan dokumentas­i, lantikan peguam dan beberapa aspek lain,” katanya ketika ditemui, di sini.

Ooi turut menyerahka­n senarai enam saksi kepada SPRM, membabitka­n pesara pegawai kerajaan negeri, orang ramai dan peguam.

Katanya, saksi berkenaan sedia memberi kenyataan berhubung dakwaan itu kepada SPRM.

“Kami juga sedang mengumpul beberapa saksi lain bagi menyokong siasatan kes ini. Kami berharap SPRM menjalanka­n siasatan terperinci,” katanya.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Ooi (tengah) bersama ahli PFP ketika membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa ADUN DAP di Ibu Pejabat SPRM di Georgetown, semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Ooi (tengah) bersama ahli PFP ketika membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa ADUN DAP di Ibu Pejabat SPRM di Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia