Berita Harian

Kementeria­n tunggu laporan risikan ATM

Maklumat diterima tak ubah usaha kekang anasir keganasan

- Oleh Fazrik Kamarudin

Kementeria­n Pertahanan masih menunggu pengesahan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung status Dr Mahmud Ahmad yang dilaporkan terbunuh dalam pertempura­n dengan tentera Filipina di Marawi City.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata walaupun perkara berkenaan disahkan pihak berkuasa Filipina, Malaysia tetap menunggu laporan risikan dikeluarka­n BSPP ATM.

“Saya belum terima pengesahan risikan kita mengenai laporan mengatakan Mahmud terkorban. Walaupun ia disahkan pihak berkuasa Filipina semalam (kelmarin), saya tetap menunggu laporan pasukan risikan ATM,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Tugastugas Khas berkata demikian pada sidang media selepas program Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di Wisma Perwira di sini, semalam.

Hishammudd­in berkata, sebarang maklumat risikan yang diterima berhubung status Mahmud tidak akan mengubah usaha ATM ke arah mengekang anasir keganasan.

Jalankan tugas dengan baik

“Polis bersama ATM menjalanka­n tugas dengan baik untuk mengekang anasir keganasan di negara ini. Kita baru selesai sambut Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan Sukan SEA tiada insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Beliau berkata, Kementeria­n Pertahanan konsisten dalam menyokong usaha mengekang pengaruh Daesh daripada menular di rantau ini.

Pantau kawasan perairan

“Kita sudah gerakkan operasi pemantauan udara secara bersama antara Malaysia, Filipina dan Indonesia menerusi inisiatif Trilateral Air Patrol (TAP) 2017.

“Sebelum ini, Trilateral Maritime Patrol (TMP), fokus kepada pemantauan di kawasan perairan. Kita juga akan bawa isu keganasan dan pertempura­n di Marawi ke Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN di Manila minggu depan,” katanya.

Kelmarin, tentera Filipina dilaporkan berkata, Mahmud mungkin terbunuh dalam pertempura­n tengah malam Rabu lalu yang mengorbank­an 13 pemberonta­k.

Kementeria­n Pertahanan konsisten dalam menyokong usaha mengekang pengaruh Daesh daripada menular di rantau ini” Hishammudd­in Hussein, Menteri Pertahanan

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Hishammudd­in menyampaik­an ucapan pada program Dialog TN50 yang turut dihadiri Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai moderator di Wisma Perwira ATM, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Hishammudd­in menyampaik­an ucapan pada program Dialog TN50 yang turut dihadiri Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai moderator di Wisma Perwira ATM, semalam.
 ??  ?? Keratan BH semalam.
Keratan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia