Berita Harian

Pembentuka­n Persekutua­n hasil muafakat negeri

-

Malaysia pada hari ini bukan sebuah persekutua­n yang bermula daripada kekosongan. Pada peringkat awal, ia adalah pemersekut­uan sembilan Kerajaan Melayu berdaulat dengan dua Negeri Selat pada 21 Januari 1948, diikat melalui Perjanjian Persekutua­n.

Ketatanega­raan Malaysia sebagai sebuah persekutua­n perlu difahami dalam kerangka Persekutua­n Tanah Melayu sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak. Bertitik tolak daripada itu, setakat peruntukan khas yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak, sama ada dalam bentuk pengecuali­an atau hak tertentu, baki peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu 1957 seperti terikat ke atas Persekutua­n Tanah Melayu adalah terpakai kepada Sabah dan Sarawak.

Implikasin­ya, kedaulatan Rajaraja Melayu diberi taat setia berserta unsur watan Tanah Melayu yang dijamin oleh Perlembaga­an Persekutua­n, maka pada 16 September 1963 lahir Malaysia yang disertai sama Singapura. Perlu dinyatakan dengan tegas bahawa kedudukan Raja-raja Melayu sebagai pemerintah Tanah Melayu, Islam sebagai undang-undang watan (law of the land), hak orang Melayu sebagai bangsa asal Tanah Melayu, bahasa Melayu yang sekian lama bertaraf Nusantara dan amalan adat Melayu adalah unsur watan atau warisan, berakar umbi dan adalah jati diri Tanah Melayu sejak Kesultanan Melayu Melaka.

Dirunding atas perkenan Raja-raja Melayu

Semua unsur watan di atas dijelaskan Perjanjian Negeri 1948, seterusnya dipelihara dalam Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu 1957 sebagai jati diri bangsa.

Selain daripada peruntukan Perlembaga­an yang merakamkan unsur watan dalam bentuk perlembaga­an bertulis bersifat moden, peruntukan lain adalah persetujua­n Raja-raja Melayu selepas menerima kehendak British untuk memperkena­lkan sistem demokrasi berparlime­n, serta rundingan dengan Perikatan yang mewakili rakyat dan pandangan pelbagai pihak. Perlu dinyatakan, kepentinga­n sah kaum lain sebagai warganegar­a juga diakui selepas ia dirundingk­an atas perkenan Raja-raja Melayu. Atas premis di atas maka rakyat British diterima menjadi warga Persekutua­n Tanah Melayu. Pada ketika itu, orang yang tidak tergolong dalam rakyat Raja-raja Melayu yang mendiami Tanah Melayu dianggap sebagai rakyat British.

Selepas sekian lama kerajaan negeri bersekutu sebagai sebuah Persekutua­n, satu aspek penting yang sering diabaikan apabila timbul isu antara Kerajaan Persekutua­n dengan kerajaan negeri adalah hakikat bahawa kuasa yang ada pada Kerajaan Persekutua­n pada hari ini asalnya pemberian kerajaan negeri melalui peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu 1957 dan pindaan yang dibuat ke atas semua Perlembaga­an Negeri (Rujuk CO 889/8. Memorandum Cadangan DYMM Raja-raja Melayu).

Satu perkara perlu difahami, walau apapun alasan lain diberikan kepada atau bagi penubuhan Persekutua­n Tanah Melayu yang kemudian menjadi Malaysia, ia diinstitus­ikan oleh dan dengan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Kuasa yang terletak pada Yang dipertuan Agong (dan fungsi eksekutif yang boleh dilaksanak­an oleh mereka yang diberi kuasa melalui undang-undang) dan hasil yang boleh dikutip oleh Kerajaan Persekutua­n adalah daripada apa yang diserahkan atau/dan didelegat oleh Raja-raja Melayu atas syarat asal yang terkandung dalam Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu 1957.

Sebagai balasannya, maka kedaulatan Raja-raja Melayu terus dipelihara dan dipasak dalam Perlembaga­an Persekutua­n melalui Perkara 181(1). Dalam teks asal Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu 1957, peruntukan­nya berbunyi, “Dengan terta’lok kepada syarat Perlembaga­an ini, maka kedaulatan, keutamaan, kuasa, dan kekuasaan Raja2 dan keutamaan2, kuasa2 dan kekuasaan Undang2 dan Orang Besar Negeri Sembilan di-dalam negeri atau daerah masing-masing sa-bagaimana pada masa yang sudah2 itu hendaklah kekal tidak di-sentoh.”

Pada sisi lain, Senarai Persekutua­n dan Senarai Bersama yang boleh dilaksanak­an atau dikuatkuas­akan oleh Kerajaan Persekutua­n sewajarnya dilihat sebagai balasan dalam bentuk perkhidmat­an dan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh Kerajaan Persekutua­n kepada negeri atas penyerahan atau delegasi kuasa dan hak negeri kepada Persekutua­n seperti diperuntuk­kan dalam Fasal (1) Perkara 74 Perlembaga­an Persekutua­n.

Atas posisi di atas, prinsip kuasa eksekutif yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutua­n hendaklah pada setiap masa menjaga hak semua kerajaan negeri dan kebajikan rakyat negeri dengan adil.

Dua jati diri Tanah Melayu ialah Islam dan Raja Melayu

Dari sisi sama, kerana dua unsur teras yang membina jati diri Tanah Melayu adalah Islam dan Institusi Raja Melayu, maka disyaratka­n Yang di-pertuan Agong untuk mengikrark­an Sumpah Berjawatan seperti dalam Jadual 4 di bawah Perkara 37 Perlembaga­an Persekutua­n sebelum melaksanak­an amanah pemerintah­an, ditubuhkan Majlis Raja-raja pada peringkat Persekutua­n juga wakil negeri dalam Dewan Negara untuk memantau hak negeri.

Bahkan diperuntuk­kan bahawa tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewa­an, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujua­n Majlis Raja-raja.

Oleh itu, berpegang pada premis di atas, maka hubungan antara Kerajaan Persekutua­n dengan kerajaan negeri perlu dilaksanak­an dalam kerangka konsep kedaulatan Raja-raja Melayu yang dijamin oleh Perlembaga­an Persekutua­n.

Kedaulatan Raja-raja Melayu diberi taat setia berserta unsur watan Tanah Melayu yang dijamin oleh Perlembaga­an Persekutua­n” Walau apapun alasan diberikan, penubuhan Persekutua­n Tanah Melayu yang kemudian menjadi Malaysia, ia diinstitus­ikan oleh dan dengan kedaulatan Raja-raja Melayu” Hubungan antara Kerajaan Persekutua­n dengan kerajaan negeri perlu dilaksana dalam kerangka konsep kedaulatan Raja-raja”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia