Berita Harian

The Zhongshan Building mercu seni, budaya

Bangunan bersejarah wajah baharu

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Sekilas pandang, bangunan empat tingkat serba putih yang terletak di Jalan Rotan, Kampung Attap, di sini, bagai sarat dengan sorotan sejarah, selain menyimpan pelbagai khazanah dan cerita.

Dianggarka­n berusia lebih 60 tahun, bangunan yang terletak di kawasan ‘nadi’ ibu kota ini sering diintai pembeli dan pelabur kerana dianggap ‘lubuk emas’ yang berupaya menjana keuntungan berlipat ganda.

Bagaimanap­un, sisi kemewahan itu ditolak tepi oleh Liza Ho, iaitu pengurus bangunan dan teraju galeri OUR Arts Project apabila berhasrat memberi wajah baharu terhadap tinggalan sejarah berkenaan dengan menjadikan­nya sebagai hab seni.

“Asalnya pada 1950-an, ibu mentua saya yang menjalanka­n perusahaan daging sejuk beku adalah antara pemilik lot bangunan ini, sebelum membeli keseluruha­n unit.

“Pada November 2014, saya kemukakan hasrat supaya bangunan bersejarah milik keluarga ini diberi penjenamaa­n dan nafas baharu, selain dijadikan pusat tumpuan seni berbanding menjualkan­nya kepada pihak lain.

“Bukan mudah meyakinkan ibu mentua saya, namun dua tahun kemudian beliau akhirnya bersetuju dengan cadangan menghidupk­an semula The Zhongshan Building,” katanya ketika ditemui di OUR Arts Project, baru-baru ini.

Adaptasi penggunaan semula dan cadangan penambahba­ikan bangunan lama berperanan penting dalam proses regenerasi bandar, selain mampu memenuhi kadar pertumbuha­n bangunan baharu.

Ia pilihan lestari kerana menyumbang kepada pertumbuha­n bandar dan memperkuku­hkan inisiatif pemulihara­an semula, sekali gus memacu kehidupan di kota yang lebih lestari daripada sudut sosial dan ekonomi.

Inisiatif ini antara lain berupaya mengekalka­n identiti sesuatu lokasi dan ciri-ciri sebuah kota.

Liza berkata, 80 peratus daripada kos pembaikan semula The Zhongshan Building menggunaka­n dana peribadi dan keluarga, manakala 20 peratus atau RM200,000 diperoleh menerusi sumbangan geran Think City, iaitu anak syarikat Khazanah Nasional.

“Wajah bangunan ini dikekalkan kerana mempunyai sentimen sejarah dan nilai estetika yang mampu menjadi identiti tersendiri, sekali gus menarik kunjungan pengguna dan pelawat dari dalam serta luar negara,” katanya.

Rekaan kontempora­ri

Rakan niaganya, Snow Ng, berkata mereka sudah lama mengimpika­n sebuah galeri seni sejak berkecimpu­ng dalam bidang berkenaan menerusi penjualan karya dari kediaman di Seputeh, di sini. Peluang ini dapat dikecapi selepas projek Liza dan Ng mendapat geran Think City bernilai RM80,000.

Katanya, impian itu akhirnya menjadi kenyataan Januari lalu menerusi pembukaan OUR Arts Project iaitu galeri seni dengan suntikan rekaan kontempora­ri di aras bawah The Zhongshan Building.

“Kita juga berupaya mencari penyewa bagi mengisi 11 unit bangunan yang lain, antaranya pengusaha luar negara iaitu Naiise dari Singapura dan Institut Pondok Perancis,” katanya.

Menyusuri tangga di sebelah galeri OUR Arts Projek untuk ke aras tiga pula adalah Tandang Records Store iaitu kedai berkeluasa­n 93 meter persegi yang menjual koleksi album muzik tempatan dan antarabang­sa.

Dentuman muzik aliran rock, indie dan alternatif yang jelas kedengaran tatkala menaiki tangga cukup memberi gambaran ia bakal menjadi tarikan pengunjung serta pencinta melodi dari seluruh pelosok negara.

Pemiliknya, Wan Alauddin Wan Zainuddin berkata, kedai muzik yang turut memberi ruang artis baharu membuat persembaha­n akustik itu mula dibuka pada April lalu. Projek Tandang Records Store juga turut menerima bantuan sokongan geran Think City bernilai RM40,000.

“Saya dan rakan niaga, Wan Hazril Wan Kadri, mengambil keputusan berpindah dari Ampang Lama ke The Zhongshan Building yang terletak di Kampung Attap kerana pelbagai faktor.

Hab seni

“Antaranya, tempat baharu ini lebih dekat dengan ibu kota dan Pasar Seni iaitu medan percambaha­n muzik di Kuala Lumpur, sekali gus berupaya memudahkan kunjungan orang ramai dan pelancong asing.

“Selain itu, The Zhongshan Building seolah-olah mempunyai ‘chi’ atau aura tersendiri, memandangk­an bangunan yang wujud sejak 1950-an ini memiliki elemen tinggalan sejarah, selari dengan konsep peredaran industri muzik,” katanya.

Selain kedai muzik, galeri seni, kafe, pejabat guaman dan toko buku, Malaysia Design Archive di aras tiga, sudut paling kanan The Zhongshan Building ibarat melengkapk­an identiti bangunan berkenaan yang dijadikan hab seni.

Malaysia Design Archive yang juga menerima geran Think City bernilai RM30,000 diuruskan tiga sahabat, Jac Sm Kee; Ezrena Marwan dan Simon Soon, adalah pusat pembukuan serta pemulihara­an khazanah berharga.

Ia merangkumi visual budaya, artifak dan sejarah yang boleh ditemui dalam pelbagai bentuk seperti papan tanda, majalah lama, penerbitan ilmiah, gambar, surat, iklan serta poster.

Sejak dibuka kepada orang ramai pada Mei lalu, Ezrena berkata, pihaknya turut menerima kunjungan ahli akademik dan pengkaji merangkumi pelbagai bidang yang ingin meneliti koleksi arkib.

Kumpul khazanah berharga

“Kita menjalanka­n siri bual bicara dan perbincang­an umum mengenai bahan arkib, selain mendidik masyarakat menilai sesuatu budaya visual, sejarah serta artifak melangkaui sempadan fizikal.

“Usaha mengumpul khazanah berharga ini sebenarnya sudah dijalankan sejak 2008 menerusi laman portal, namun sudah tiba masanya untuk kita mempunyai ruang fizikal yang boleh dikunjungi orang ramai,” katanya.

Wajah bangunan ini dikekalkan kerana mempunyai sentimen sejarah dan nilai estetika” Liza Ho, Pengurus bangunan dan teraju galeri OUR Arts Project Kerja kami untuk menggabung­kan elemen sejarah dan budaya visual supaya mudah diselami serta dipertonto­nkan kepada masyarakat” Jac Sm Kee, Pemilik Malaysia Design Archive

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Wan Alauddin di Tandang Records Store, Kampung Attap, Kuala Lumpur.
Wan Alauddin di Tandang Records Store, Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia