Berita Harian

Kanta lekap kosmetik diwarta di bawah 2 akta

Proses bendung lambakan penjualan produk tak berdaftar

- Oleh Halina Mohd Noor, Rashiqah Ilmi Abd Rahim dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Kementeria­n Kesihatan akan mewartakan kanta lekap kosmetik di bawah dua akta berkaitan tidak lama lagi, bagi membendung lambakan dan penjualann­ya di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarahny­a (Perubatan), Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai, berkata produk yang tidak mendapat kelulusan Pentadbira­n Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat itu akan diwartakan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan Akta Optik 1991.

Beliau berkata, akta itu bagi mengawal semua kegiatan termasuk penjualan kanta lekap kosmetik secara haram daripada terus berleluasa dan memberi kesan tidak baik kepada pengguna.

Katanya, kementeria­n kini dalam proses memasukkan jenis kanta itu di bawah akta berkenaan bagi memastikan hanya optometris dan juruoptik sah dan ber- daftar menjual produk itu.

“Buat masa ini, penjual tidak bertauliah boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 bagi kesalahan pertama dan penjara enam bulan bagi kesalahan seterusnya,” katanya.

Dalam proses penelitian

Sementara itu, Setiausaha Majlis Optik Malaysia, Nor Azizah Ismail, berkata proses pewartaan kanta lekap kosmetik di bawah Akta 737 kini dalam proses diteliti Pejabat Peguam Negara.

“Semua dokumen berkaitan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi membolehka­n kanta lekap kosmetik diwartakan mengikut Akta 737 tidak lama lagi.

“Banyak perkara perlu diambil kira sebelum pewartaan, antaranya tafsiran kanta lekap itu sendiri, akta berkaitan lain (Akta Optik 1991) dan bahasa untuk kegunaan pendakwa raya jika ada pertuduhan di mahkamah,” katanya.

BH sebelum ini menyiarkan siri pendedahan risiko penggunaan kanta lekap kosmetik yang boleh menyebabka­n penggunany­a terkena jangkitan ulser kornea sekali gus buta.

Perlu preskripsi

Sementara itu, Dr Jeyaindran berkata, mengikut kedua-dua peruntukan itu, kanta lekap kosmetik akan melalui proses penilaian pematuhan dan hanya optometris dan juruoptik berdaftar boleh mengeluark­an preskripsi dan menjual produk berkenaan.

“Pemakaian kanta lekap seharusnya memerlukan preskripsi optometris dan juruoptik yang disahkan atau mendapat kebenaran menjalanka­n amalan kanta lekap oleh Majlis Optik Malaysia.

“Pengamal berupaya untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat mengenai penggunaan dan penjagaan kanta lekap kepada pengguna.

“Kebanyakan komplikasi disebabkan pemakaian kanta lekap. boleh dielakkan dengan memastikan pemakaian dan penjagaan teliti. Selain itu, pemeriksaa­n berkala oleh pengamal perubatan sekurang-kurangnya sekali setahun,” katanya.

Katanya, kementeria­n sentiasa melakukan pemantauan dan penguatkua­saan ke atas pengamal tidak bertauliah bagi mengelakka­n penjualan produk berkenaan daripada berleluasa.

Kanta lekap kosmetik akan melalui proses penilaian pematuhan dan hanya optometris dan juruoptik berdaftar boleh mengeluark­an preskripsi dan menjual produk berkenaan” Dr Jeyaindran Sinnadurai, Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan), Kementeria­n Kesihatan

 ??  ?? Risiko penggunaan kanta lekap kosmetik tanpa kuasa
Risiko penggunaan kanta lekap kosmetik tanpa kuasa
 ??  ?? boleh menyebabka­n jangkitan ulser kornea sekali gus buta. Keratan BH semalam.
boleh menyebabka­n jangkitan ulser kornea sekali gus buta. Keratan BH semalam.
 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia