Berita Harian

‘Tiada aduan kejadian di negeri lain’

-

Johor Bahru: Tiada kuarters kerajaan di daerah ini dikesan disewakan kepada pihak luar atau warga asing.

Tinjauan BH di sekitar tiga kawasan kuarters Jabatan Pendidikan Johor sekitar Larkin dan Taman Tampoi Indah di sini, tidak mengesan aktiviti sedemikian.

Pengarah Pendidikan Johor, Shaharudin Sharif, berkata pihaknya tidak mengesan atau menerima sebarang laporan penyalahgu­naan atau kuarters guru disewa kepada warga asing atau orang luar.

“Prosedur menghuni kuarters guru memerlukan kelulusan kementeria­n. Setakat ini di Johor memang tiada laporan diterima, kuarters guru tidak boleh disewakan sesuka hati,” katanya.

Tiada penyewa warga asing Seremban,

Di tinjauan BH tidak menemui penyewa warga asing di kuarters kerajaan termasuk di depan Kem Tentera Darat di Sikamat walaupun tiada pengawal ditugaskan atau kuarters Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Jalan Templer.

Penjaga premis komputer berhampira­n kuarters SUK yang ingin dikenali sebagai Nur, 28, berkata warga asing yang ramai di kawasan itu, tinggal di rumah pangsa yang terletak di belakang kuarters.

Di Kuala Terengganu, tinjauan BH di beberapa kuarters kerajaan, antaranya perumahan polis, Jabatan Imigresen dan Tenaga Nasional Berhad, mendapati masalah terbabit tidak timbul.

Pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Imigresen dan agensi kerajaan terbabit juga tidak menerima sebarang laporan berhubung isu berkenaan di seluruh negeri itu. Pantau, ambil tindakan tegas Di Shah Alam, Pejabat SUK Selangor akan mengambil tindakan tegas terhadap agensi kerajaan negeri atau kakitangan­nya yang menyalahgu­nakan kemudahan kuarters.

Penolong Setiausaha (Pentadbira­n) Bahagian Khidmat Pengurusan­nya, Sulaiman Azhar Halpi, berkata pihaknya juga membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada kediaman diceroboh warga asing.

“Terdapat 568 unit kediaman di bawah seliaan pejabat SUK Selangor dan setakat ini tiada aduan mengenai penceroboh­an oleh pihak tidak sepatutnya walaupun memang ada kuarters kosong,” katanya.

Prosedur menghuni kuarters guru memerlukan kelulusan kementeria­n” Shaharudin Sharif, Pengarah Pendidikan Johor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia