Berita Harian

‘Armada tidak wujud dalam PPBM’

Tiga bekas EXCO gesa ROS siasat perlembaga­an parti

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Tiga bekas EXCO Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), semalam menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat perlembaga­an parti itu berkaitan status sayap pergerakan pemudanya.

Muhammad Syazwan Ahmad Zainal, Mohamad Taufik Abas dan Wahazir Wahabi mendakwa kepemimpin­an tertinggi PPBM melakukan penipuan dan memperdaya ahli parti terutama anak muda yang menyertai Armada.

Tiada dalam perlembaga­an parti

Muhammad Syazwan berkata, semakan dilakukan terhadap salinan perlembaga­an PPBM daripada ROS mendapati Armada sebenarnya tidak wujud dalam perlembaga­an parti terbabit.

Beliau yang dipecat oleh Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman menerusi Twitter pada Ogos lalu, juga tidak menolak kemungkina­n perlembaga­an parti sudah dipinda berkaitan status pergerakan pemudanya.

“Secara mudahnya, Armada tidak wujud. Selama ini kami percaya, malah kami diberi perlembaga­an yang sudah dipinda tetapi tidak mendapat kelulusan ROS.

“Saya juga hairan bagaimana ini boleh berlaku, ini satu penipuan terbesar. Ahli buat kerja atas nama Armada, tapi Armada itu sendiri tidak wujud,” katanya.

Muhammad Syazwan turut mencabar Syed Saddiq menunjukka­n bukti mengenai status Armada dalam perlembaga­an parti berkenaan.

“Wujudkah Armada PPBM? Jawatan Syed Saddid pun sepatutnya tidak wujud juga. Kami buat kerja, program sana sini atas nama Armada.

Gesa ROS ambil tindakan

“Ini belum cerita bab kewangan, macam mana boleh kata ada peruntukan disalurkan kepada Armada, sedangkan Armada sendiri tidak wujud,” katanya.

Mohd Taufik pula berharap ROS menyiasat perkara itu dan jika ia bertentang­an dengan perlembaga­an parti, pendaftara­n PPBM boleh dibatalkan dan menjadikan usaha ahli akar umbi parti itu selama ini siasia.

“Saya juga harap polis turut siasat isu ini,” katanya sambil menambah, laporan polis sudah dibuat terhadap Syed Saddiq dan kepemimpin­an tertinggi parti berhubung isu terbabit.

Sementara itu, Wahazir berkata, beliau marah dan kecewa serta mendakwa ditipu pimpinan parti sendiri.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKILFI/BH] ?? Mohamad Taufik (kiri), Muhammad Syazwan dan Wahazir (kanan) selepas hadir ke Pejabat ROS di Putrajaya, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKILFI/BH] Mohamad Taufik (kiri), Muhammad Syazwan dan Wahazir (kanan) selepas hadir ke Pejabat ROS di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia