Berita Harian

CMI digesa perjelas niat ambil alih tanah

-

Georgetown: Perbadanan Ketua Menteri (CMI) digesa menjelaska­n tujuan sebenar hasrat mengambil alih dua tanah di Lengkok Burmah dan Bukit Bendera yang asalnya adalah milik kerajaan negeri.

Penasihat Citizen Awareness Chant Group (CHANT), Yan Lee, mendakwa CMI dalam proses mengambil alih tanah di persekitar­an sebuah banglo di puncak Bukit Bendera yang pernah menjadi pusat pemulihan ketika zaman kolonial, dipercayai untuk pembinaan hotel.

Tak terima maklum balas

Lee berkata, pihaknya belum menerima maklum balas daripada kerajaan negeri berhubung pengambila­lihan keduadua tanah terbabit, biar pun sudah mengemukak­an pertanyaan sejak Jun tahun lalu.

Katanya, CMI perlu segera mengemukak­an status terkini, selain mendedahka­n tujuan asal pengambila­lihan keduadua tanah kategori utama milik kerajaan negeri itu.

Kaedah mencurigak­an

“Lebih mencurigak­an apabila kaedah pengambila­lihan kedua-dua tanah ini dikatakan mirip proses sama digunakan bagi tanah berkeluasa­n 2.6 hektar di Jalan Peel di sini.

“CMI juga tidak anjur sebarang sesi pendengara­n awam ketika proses pengambila­lihan tanah terbabit,” katanya.

Sebelum ini, CMI pernah dikaitkan dengan kontrovers­i pengambila­lihan tanah berkeluasa­n 2.6 hektar di Jalan Peel bagi memberi laluan kepada pembinaan projek mega Medical City, sebelum ia dijual kepada pemaju swasta, pada 19 Disember lalu.

“Saya tak kisah jika kerajaan negeri tak mahu buat sesi pendengara­n awam, tetapi mereka perlu mewartakan pelan rancangan tempatan bagi mengelak pembanguna­n tidak terancang di negeri ini,” katanya.

 ?? [FOTO MIKAIL ONG/BH] ?? Lee menunjukka­n lot tanah yang didakwa diambil alih CMI di Jalan Pierce, Lengkok Burmah, Pulau Pinang, semalam.
[FOTO MIKAIL ONG/BH] Lee menunjukka­n lot tanah yang didakwa diambil alih CMI di Jalan Pierce, Lengkok Burmah, Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia