Berita Harian

25 NGO gesa Sarajun dikenakan tindakan

-

Shah Alam: Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak tindakan diambil terhadap bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Sarajun Hoda Abdul Hassan yang didakwa menghina Islam.

Pengerusi Biro Agama Gerakan NGO-NGO Selangor, Mohd Shamsuddin Damin, berkata jika benar Sarajun mengeluark­an kenyataan menyamakan Allah SWT dengan manusia seperti dilaporkan sebuah portal berita kelmarin, ia memang membangkit­kan kemarahan umat Islam.

Katanya, kenyataan seperti itu tidak harus dikeluarka­n kerana ia amat bertentang­an dengan Islam selain dilihat sebagai antiislam.

Ambil tindakan tegas

“Ia juga secara tidak langsung menghina Yang di-pertuan Agong dan Sultan di negara ini sebagai ketua agama Islam. Jadi, pihak berkuasa perlu segera siasat dan mencari kebenaran berkenaan perkara ini.

“Jika benar bersalah, dia perlu dikenakan tindakan tegas kerana mengganggu gugat keamanan negara,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Kelmarin, laporan dibuat oleh pihak berkenaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, menggesa siasatan dilakukan berhubung isu terbabit.

Ia susulan laporan sebuah portal yang memetik Sarajun membuat kenyataan ‘Allah juga akan diberkas oleh jabatan agama sekiranya tidak mempunyai tauliah’, ketika mengulas mengenai tauliah untuk mengajar agama di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi gerakan berkenaan, Nazilah Idris mendesak kerajaan menguatkua­sakan kembali Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) bagi membendung tindakan segelintir individu yang semakin berani mempersend­akan isu sensitif.

“Jika ISA dikuatkuas­akan semula, perbuatan menghasut, ajaran sesat, gerakan keganasan yang boleh menyebabka­n negara huru-hara boleh dihalang,” katanya.

Ia juga secara tidak langsung menghina Yang di-pertuan Agong dan Sultan di negara ini sebagai ketua agama Islam. Jadi, pihak berkuasa perlu segera siasat dan mencari kebenaran berkenaan perkara ini” Mohd Shamsuddin Damin, Pengerusi Biro Agama Gerakan NGO-NGO Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia