Berita Harian

Kerajaan mesti tegas tak tangguh pembentang­an

Segerakan SIP elak bebankan pekerja diberhenti­kan majikan

- Oleh Nazura Ngah

Kerajaan mesti bertegas dengan tidak menangguhk­an pembentang­an Rang Undang-undang (RUU) Skim Insurans Pekerjaan (SIP) pada sesi Parlimen bermula minggu depan demi membela nasib pekerja diberhenti­kan.

RUU yang sepatutnya dibacakan untuk kali kedua pada sesi Parlimen, Ogos lalu selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 1 Ogos 2017, ditangguhk­an ke sesi Oktober bagi mendapatka­n lebih banyak pandangan pihak berkepenti­ngan dalam usaha memperkema­skan skim berkenaan.

EXCO Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, berkata isu pekerja tidak mendapat pampasan seperti bekas pekerja Megasteel Sdn Bhd (Megasteel) tidak sepatutnya berulang.

Bela nasib pekerja

“Jika SIP dikuatkuas­akan, sekurang-kurangnya pekerja diberhenti­kan tidak akan ditinggalk­an tanpa sokongan jaringan keselamata­n jika syarikat terpaksa menamatkan operasi,” katanya, semalam.

Shahril berkata, pihaknya menyokong keputusan kerajaan memperkena­lkan SIP untuk mereka yang hilang kerja mendapat bantuan kewangan sementara mencari pekerjaan baharu.

“Walaupun skim ini mendapat tentangan sesetengah pihak terutama majikan, saya berharap kerajaan akan bertegas dan tidak tangguhkan lagi RUU SIP,” katanya.

Shahril turut menggesa Megasteel membayar pampasan penuh kepada bekas pekerjanya secepat mungkin kerana mereka mempunyai tanggungan apatah lagi sesi persekolah­an baharu akan tiba.

Katanya, beliau maklum isu lebih 500 bekas pekerja Megasteel ditawarkan pampasan hanya 25 peratus daripada dijanjikan selepas diberhenti­kan serta-merta pada April tahun lalu.

“Selepas diberi notis pemberhent­ian 24 jam secara mengejut tahun lalu dan selepas lebih setahun menunggu, mereka berhak menerima pampasan penuh daripada bekas majikan.

“Menurut Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Logam, jumlah pampasan patut diberi berjumlah RM10 juta. Purata pekerja diberhenti­kan sepatutnya menerima RM30,000 hingga RM40,000 seorang bergantung tempoh perkhidmat­an,” katanya.

Beliau berkata, sebelum pasaran logam domestik terkesan dengan lambakan logam dari China sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, Megasteel mencatat keuntungan hampir setiap tahun.

“Jadi, tidak wajar syarikat itu mungkir janji untuk membayar pampasan penuh kepada bekas pekerja,” katanya.

Berdasarka­n laporan sebelum ini, lebih 100 pekerja eksekutif Megasteel di Olak Lempit, Kuala Langat diberhenti­kan dengan notis 24 jam pada 31 Mac tahun lalu, manakala lebih 400 pekerja bukan eksekutif diarah bercuti.

Megasteel antara mangsa kejatuhan industri keluli tempatan akibat penurunan ringgit dan lambakan keluli dari China, sekali gus menyaksika­n pengeluar tempatan berdepan saingan sengit disebabkan harga keluli China rendah selain peningkata­n kos operasi.

Walaupun skim ini mendapat tentangan sesetengah pihak terutama majikan, saya berharap kerajaan akan bertegas dan tidak tangguhkan lagi RUU SIP” Shahril Hamdan, EXCO Pemuda UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia