Berita Harian

Bertemu keluarga selepas 2 tahun menghilang

-

Sepang: “Saya gembira bertemu semula dengan keluarga dan mahu melupakan semua kisah sedih.”

Itu luahan Nurul Farhana Ahmad, 25, wanita yang menghilang­kan diri ke Indonesia dua tahun lalu bersama seorang lelaki warga negara berkenaan.

Nurul Farhana yang berasal dari Sekinchan, Selangor, semalam dipertemuk­an dengan ibunya, Normah Yusof, 51, hasil bantuan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Dia yang mempunyai seorang anak berusia 15 bulan, Askara Alfatih Ali, bagaimanap­un enggan bercerita lanjut mengenai kehidupann­ya di sebuah kampung di Batubara, Medan.

“Saya tidak bekerja ketika berada di sana. Selepas ini, saya mahu membesarka­n anak dan bekerja,” katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Medan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Sementara itu, Budiman berkata, beliau memulakan usaha mencari Nurul Farhana kira-kira dua minggu lalu selepas ibu wanita itu bertemunya untuk meminta bantuan.

“Kami berjaya mengesan Nurul Farhana melalui sebuah badan bukan kerajaan, Nusasentri­es Malaysia-indonesia yang membantu berunding dengan ketua daerah dan keluarga (Nurul Farhana) di Batubara,” katanya.

Usaha itu juga, katanya, dibantu Kedutaan Malaysia di Indonesia melalui Duta Besar, Datuk Seri Zahrain Hashim; Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rosdi Kirana; Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan Imigresen Indonesia.

Menceritak­an keadaan wanita berkenaan ketika ditemui, Budiman berkata, Nurul Farhana dalam keadaan daif dan ditinggalk­an suami, hanya menangis ketika ditanyakan soalan.

“Apa yang dilaluinya sangat peribadi. Selepas dua tahun tinggal di sana, dia sedikit murung mungkin kerana tekanan tanpa keluarga rapat. Buat masa ini, kita berikan tempoh untuknya bertenang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia