Berita Harian

SPRM saring kontraktor atasi projek sakit

JSKP pastikan pemilihan benar-benar layak, berintegri­ti

- Oleh Mohd Idris Sulaiman

Kementeria­n Kerja Raya menubuhkan Jawatankua­sa Saringan Kontraktor Penyiap (JSKP) bagi mengatasi masalah projek sakit termasuk tapisan kontraktor oleh Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Proses tapisan berkenaan dilakukan sebelum kontraktor terpilih yang dilantik menerima tawaran melaksanak­an projek.

Setiausaha Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU) kementeria­n berkenaan, Zureen Zubir, berkata melalui JSKP, pemilihan kontraktor hanya mengambil masa tiga bulan berbanding enam bulan sekarang.

“Ia sekali gus dapat mempercepa­tkan kerja pelaksanaa­n projek,” katanya selepas merasmikan kursus transforma­si diri dan semangat berpasukan pegawai Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan di sini, semalam.

Beliau berkata, saringan SPRM penting untuk memastikan kontraktor yang dilantik benar-benar layak dan tidak pernah gagal menyiapkan projek sebelum ini.

Berintegri­ti tinggi

Katanya, ahli JSKP terdiri daripada Ketua Setiausaha kementeria­n berkenaan, Unit Pelaksanaa­n dan Penyelaras­an Jabatan Perdana Menteri dan wakil Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“JSKP khusus untuk projek sakit supaya kontraktor yang dipilih benar-benar berkeupaya­an serta mempunyai integriti yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Zureen berkata, BPKU komited memperkasa­kan kontraktor wanita supaya mereka berwibawa dan berdaya saing hingga peringkat global.

Beliau berkata, komited melahirkan kontraktor Melayu dengan ilmu pengetahua­n, kemahiran serta kepakaran teknikal secukupnya.

“Ia agar mereka dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kontraktor kaum lain, tidak terlalu bergantung kepada status Bumiputera untuk mendapatka­n tender kerajaan dan merebut peluang pasaran lebih terbuka.

“Kontraktor Melayu juga sewajarnya mengutamak­an disiplin diri, menghayati amalan perniagaan beretika serta menjadikan kegagalan lampau sebagai pengajaran untuk lebih berjaya pada masa depan,” katanya.

Zureen berkata, BPKU menyediaka­n beberapa program bagi membantu kontraktor Melayu dan Bumiputera seperti Program Padanan serta Dasar Pengagihan Kerja kepada kontraktor Bumiputera Kelas E (G2) dan Kelas F (G1).

Katanya, kontraktor Bumiputera juga harus berani menghadapi risiko menceburka­n diri dalam bidang atau pasaran baharu dan tidak hanya bergantung kepada sektor pembinaan.

 ?? [FOTO MOHD IDRIS SULAIMAN/BH] ?? Zureen bersama peserta kursus transforma­si diri dan semangat berpasukan pegawai Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan di Teluk Batik, semalam.
[FOTO MOHD IDRIS SULAIMAN/BH] Zureen bersama peserta kursus transforma­si diri dan semangat berpasukan pegawai Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan di Teluk Batik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia