Berita Harian

Kapten Izham dilantik CEO Kumpulan Malaysia Airlines

Jawatankua­sa Eksekutif Lembaga kekal pastikan usaha pemulihan syarikat lancar

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Malaysia Airlines Bhd (MAB) melantik Kapten Izham Ismail sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

MAB dalam satu kenyataan semalam berkata, Izham yang kini

(gambar)

adalah Ketua Operasi Kumpulan (COO) akan menyandang jawatan GCEO pada 1 Disember 2017, menggantik­an Peter Bellew yang kini dalam cuti pentadbira­n.

Pelantikan selaras pelan penggantia­n

MAB berkata keputusan melantik Izham mengetuai syarikat penerbanga­n nasional itu adalah selaras dengan pelan penggantia­n yang diputuskan syarikat sebagai sebahagian daripada 12 perkara dalam Pelan Pemulihan Malaysian Airlines (MRP).

Katanya, bagi memastikan pertukaran berjalan lancar, Jawatankua­sa Eksekutif Lembaga akan dikekalkan bagi tempoh enam bulan.

“Ia akan diketuai oleh Pengerusi, Tan Sri Md Nor Yusof dan membabitka­n ahli Lembaga iaitu Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Tan Sri Zamzamzair­ani Isa dan Sheranjiv Sammanthan.

Menurut kenyataan itu lagi, pembabitan Izham adalah penting kepada usaha pemulihan syarikat penerbanga­n itu.

“Sebagai COO, beliau bertanggun­g jawab terhadap bahagian operasi termasuk operasi pesawat dan lapangan terbang serta bahagian kejurutera­an. Beliau juga mengetuai penyusunan semula bahagian kejurutera­an untuk operasi yang lebih cekap dan juga bertanggun­gjawab terhadap inisiatif penjimatan bahan api oleh syarikat penerbanga­n ini,” katanya.

Izham mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam bidang penerbanga­n dan memulakan kerjayanya sebagai juruterban­g di Malaysia Airlines pada tahun 1979.

Beliau memecahkan rekod penerbanga­n apabila menerbangk­an pesawat pertama B777200 Malaysia Airlines daripada Seattle, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur dan kembali semula ke Seattle. →

Airlines sejak 2012 hingga 2015.

Berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Operasi & Pembanguna­n di Malaysia Airlines.

Berpengala­man dalam mengendali­kan semua pesawat Malaysia Airlines dari F27 hingga ke B747.

Pengajar juruterban­g dan pemeriksa bertauliah.

Selepas menyertai Pasukan Pengurusan Operasi Penerbanga­n pada tahun 1990-an, beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengurusan.

Penerbanga­n itu mencatatka­n rekod dunia bagi penerbanga­n paling lama dan penerbanga­n paling pantas mengelilin­gi dunia oleh pesawat komersial dengan jumlah penerbanga­n selama 41 jam 59 minit merangkumi jarak 23,310 batu.

Sementara itu, Md Nor berkata bagi pihak Kumpulan Malaysia Airlines, beliau menyambut baik pelantikan berkenaan.

“Izham adalah ahli penting dalam keluarga MH dan beliau membawa bersama pengalaman selama 38 tahun dalam industri penerbanga­n.

“Beliau mempunyai pengertian meluas mengenai pengurusan perniagaan dan operasi syarikat penerbanga­n. Saya bangga kerana beliau adalah bakat tempatan dan yakin belian mampu membawa syarikat maju ke hadapan,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Izham berkata beliau gembira dengan kepercayaa­n yang diberikan untuk menerajui posisi CEO.

“Saya telah bersama dengan Malaysia Airlines sepanjang perjalanan karier saya dan ia telah dianggap sebagai keluarga saya.

“Ia adalah tanggungja­wab yang besar untuk membantu syarikat penerbanga­n nasional ini dan dalam masa yang sama, saya bersedia untuk menghadapi cabaran yang ada.

“Kita berada dalam landasan untuk pembaharua­n menyeluruh sebagaiman­a yang digariskan dalam MRP dan saya saya teruja untuk bekerja dengan rakan sekerja di MH untuk menjadikan syarikat ini kembali menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya.

Sebagai CEO Kumpulan, Izham akan disokong oleh barisan pengurusan kanan yang kuat terdiri daripada Ketua Pegawai Kewangan, Omar Siddiq; Ketua Pegawai Komersial, Arved von zur Muehlen; Ketua Pegawai Penerangan, Tan Kok Meng dan Penasihat Eksekutif, Nik Azli Abu Zahar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia