Berita Harian

Isu kenaikan kos sara hidup antara tumpuan utama

-

Dasar sosial lain akan turut sejajar dengan tema bajet kali ini iaitu ‘Membentuk Masa Depan’, yang mana akan tertumpu kepada pendidikan dan latihan, menambah baik standard penjagaan kesihatan serta rumah mampu milik, demikian mengikut OCBC Bank.

Galak ekonomi digital

Ia berkata, kerajaan juga akan memberi perhatian kepada pembanguna­n ekonomi yang menggunaka­n teknologi seperti robotik dan pengkomput­eran awan.

Langkah itu, jelasnya, adalah sebahagian usaha untuk menggalakk­an ekonomi digital dan pada masa sama menyediaka­n persekitar­an yang diperlukan untuk meningkatk­an produktivi­ti buruh.

“Dalam usaha menampung perbelanja­an yang tinggi, kami melihat kerajaan akan mengutip Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang tinggi sehingga RM47.6 bilion berbanding anggaran 2017 sebanyak RM47.1 bilion.

“Selain itu, hasil cukai korporat dan pendapatan lebih tinggi dijangka sejajar dengan persekitar­an ekonomi yang agak baik menjelang 2018,” katanya dalam nota penyelidik­annya yang dikeluarka­n semalam.

Landasan tepat, capai sasaran

OCBC Bank juga menjangkak­an Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran bajet defisit 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017.

Ia berkata, pengecilan bajet defisit dicatatkan dengan sokongan pendapatan yang lebih tinggi, diterajui oleh kutipan GST (peningkata­n 14.4 peratus dari asas tahunan) serta duti eksport lebih tinggi (peningkata­n 29.1 peratus dari tahun ke tahun).

Hasil yang lebih tinggi, katanya, akan dapat menyokong perbelanja­an yang agak tinggi (perbelanja­an mengurus: +2.7 peratus dan perbelanja­an pembanguna­n: +7.9 peratus).

“Keseluruha­nnya, kami mengunjurk­an Malaysia mencatat bajet defisit 2.9 peratus daripada KDNK pada 2018, berbanding unjuran 3.0 peratus pada 2017,” katanya.

Menyentuh mengenai pertumbuha­n ekonomi, OCBC Bank menjangkak­an kerajaan akan mengkaji semula jangkaan pertumbuha­n 45 peratus bagi 2017 dalam bajet yang akan diumumkan pada 27 Oktober ini.

Pertumbuha­n ekonomi lebih kukuh

Bank itu berkata, pertumbuha­n ekonomi Malaysia lebih kukuh berbanding 2016, dipacu oleh peningkata­n aktiviti perdaganga­n yang mantap dan harga minyak yang tinggi.

“Buat masa ini, kami mengekalka­n unjuran pertumbuha­n dan inflasi bagi 2018 masingmasi­ng pada 4.9 peratus dan 2.9 peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia