Berita Harian

Pelantikan Izham jamin pelan pemulihan lancar

Kesinambun­gan kepemimpin­an antara komponen penting penstruktu­ran Malaysia Airlines

- Oleh Shahrizan Salian

Pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB) berkuat kuasa serta-merta akan menjamin kesinambun­gan dan kemajuan syarikat penerbanga­n kebangsaan itu di bawah Pelan Pemulihan MAB (MRP).

MRP yang dilancarka­n oleh Khazanah pada 29 Ogos 2014 menyediaka­n asas kepada pembanguna­n dan kesinambun­gan bakat kepemimpin­an sebagai satu komponen penting usaha penstruktu­ran semula keseluruha­n MAB.

Khazanah berkata, ia menyokong dan meluluskan pelantikan Kapten Izham, 56, seperti termaktub di dalam 12 perkara di bawah MRP, sejajar dengan pelan penggantia­n seperti yang sudah ditetapkan di MAB.

Pengalaman 38 tahun

Katanya, Izham, yang ketika ini adalah Ketua Pegawai Operasi (COO) mempunyai pengalaman luas dalam sektor penerba ngan dan rekod perkhidmat­an selama 38 tahun bersama syarikat penerbanga­n itu dengan bermula sebagai juruterban­g pada 1979.

“Sebagai COO, Kapten Izham memainkan peranan penting dalam pelaksanaa­n sedia ada pelan pemulihan MAB. Pelantikan beliau sebagai GCEO akan memastikan kesinambun­gan dan perkembang­an berikutnya usaha penstruktu­ran semula keseluruha­n MAB di bawah MRP lima tahun,” kata sayap pelaburan kerajaan itu dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan dikeluarka­n selepas Lembaga Pengarah MAB mencapai ketetapan untuk mengumumka­n pelantikan Kapten Izham sebagai GCEO MAB, selepas berunding dan mendapat kelulusan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Khazanah, Datuk Seri Najib Razak.

Khazanah berkata, pelaksanaa­n MRP dalam tempoh 38 bulan sejak pelancaran­nya, atau hampir dua pertiga daripada jangka masa lima tahun, kekal berada dalam landasan.

“Seperti termaktub oleh MRP, penstruktu­ran semula MAB adalah mengikut rangka kerja tadbir urus dan kelulusan yang direncana dengan baik,” katanya.

Rangka kerja MRP menyaksika­n Khazanah, Lembaga Pengarah MAB, pengurusan dan kakitangan bekerjasam­a erat, dengan sokongan penuh kerajaan untuk menghasilk­an pencapaian usaha penstruktu­ran semula itu setakat ini.

Pendekatan kolektif itu akan terus memacu penstruktu­ran semula MAB ke laluan pemulihan sepenuhnya dan keuntungan mapan.

 ??  ?? Sokongan penuh warga Malaysia Airlines pastikan penstruktu­ran semula, pelan pemulihan lancar.
Sokongan penuh warga Malaysia Airlines pastikan penstruktu­ran semula, pelan pemulihan lancar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia