Berita Harian

Petronas Dagangan sasar jualan makanan meningkat

Unjuran pertumbuha­n lebih 25 peratus disokong sajian set kombo sarapan

- Oleh Nora Mahpar

Petronas Dagangan Bhd (Petdag) mengunjurk­an pertumbuha­n jualan lebih 25 peratus bagi tahun ke tahun menerusi segmen makanan.

Ketua Jabatan Pemasaran Bahagian Perniagaan Runcitnya, Abang Jimmy Abang Mordian, berkata sasaran itu disokong oleh pelbagai pilihan sajian set kombo sarapan menerusi kempen Mornings@ Mesra.

Kombo sarapan pagi itu ditawarkan di 450 stesen Petronas yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Kombosarap­anpagi

“Kami melancarka­n fasa pertama Mornings @ Mesra pada Mac dan menerima sambutan menggalakk­an. Kami berhasrat untuk memperluas­kan kombo sarapan pada harga RM5,” katanya kepada pemberita pada pelancaran fasa kedua Mornings @ Mesra di Seri Kembangan, semalam.

Dengan hanya RM5, pelanggan dapat menikmati minuman Milo serta satu sajian pilihan sama ada nasi kerabu, mee goreng, bihun goreng selain nasi lemak dan Nescafe.

Katanya, setiap stesen diperuntuk­kan antara 200 hingga 300 set setiap hari bagi menampung permintaan.

“Bagi fasa kedua ini, terdapat pertambaha­n vendor yang meliputi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari serata negara sekali gus membantu meningkatk­an pendapatan masingmasi­ng,” katanya.

Sebagai sebahagian promosi kempen itu, Petdag bekerjasam­a dengan Lazada Malaysia dan Digi.com Bhd untuk menambah lebih nilai kepada pelanggan.

“Bermula sekarang hingga 15 November, pelanggan yang membeli lima set kombo Mornings@mesra akan menerima 10 peratus diskaun baucar Lazada sehingga RM15.

“Pelanggan Digi juga boleh membeli set kombo pada harga 99 sen dengan memuat turun Superdeal menerusi aplikasi Mydigi,” katanya.

 ?? [ FOTO HALIM SALLEH / BH ] ?? Abang Jimmy (dua dari kiri) pada pelancaran fasa kedua Mornings @ Mesra di Seri Kembangan, semalam.
[ FOTO HALIM SALLEH / BH ] Abang Jimmy (dua dari kiri) pada pelancaran fasa kedua Mornings @ Mesra di Seri Kembangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia