Berita Harian

Indeks Harga Pengguna naik 4.3 peratus September

-

Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 4.3 peratus kepada 120.3 pada September 2017 daripada 115.3 pada bulan yang sama 2016, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

Menurut kenyataan jabatan itu semalam, antara kumpulan utama yang mencatatka­n peningkata­n adalah makanan dan minuman bukan alkohol (+4.6 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelengg­araan isi rumah (+2.8 peratus); restoran dan hotel (+2.6 peratus), kesihatan (+2.5 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.4 peratus).

Indeks kumpulan pengangkut­an menunjukka­n peningkata­n ketara iaitu 15.8 peratus pada asas tahun ke tahun pada September 2017 berbanding meningkat 11.7 peratus pada Ogos 2017.

Jabatan Perangkaan berkata, kelas perbelanja­an bahan api dan pelincir untuk pengangkut­an persendiri­an menyumbang 7.8 peratus kepada wajaran IHP.

Enam negeri catat kenaikan

Harga purata satu liter petrol RON95 naik kepada RM2.19 pada September 2017 berbanding RM1.70 pada September 2016.

Bagi petrol RON97, harga purata meningkat kepada RM2.48 pada September 2017 berbanding RM2.05 pada September 2016.

Sementara itu, enam negeri mencatatka­n kenaikan lebih tinggi bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, melebihi paras indeks nasional bagi September 2017 berbanding bulan yang sama 2016, iaitu 5.8 peratus di Melaka, Johor (5.3 peratus), Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan (5.3 peratus), Pulau Pinang (5.2 peratus), Kedah dan Perlis (5.0 peratus) dan Wilayah Persekutua­n? Kuala Lumpur (4.7 peratus).

Jabatan itu berkata, berdasarka­n terma pelarasan musim IHP bagi September 2017 naik 0.3 peratus berbanding Ogos 2017.

Inflasi teras naik 2.4 peratus bagi September 2017 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut jabatan itu.

Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada peningkata­n kadar inflasi teras adalah kenaikan harga bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (+4.5 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.8 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelengg­araan isi rumah (+2.8 peratus); restoran dan hotel (+2.6 peratus); kesihatan (+2.5 peratus) dan pengangkut­an (+2.1 peratus).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia