Berita Harian

ABM sangkal dakwaan 60 peratus pinjaman kenderaan ditolak

-

Persatuan Bankbank Dalam Malaysia (ABM) menyangkal dakwaan bahawa 60 peratus permohonan pinjaman kenderaan telah ditolak oleh bank walaupun jumlah tempahan kenderaan semakin meningkat seperti dilaporkan sebuah penerbitan tempatan barubaru ini.

Sebaliknya, ABM berkata, berdasarka­n maklum balas daripada lapan bank komersial yang menawarkan pembiayaan sewa beli, kadar kelulusan dari Januari hingga September 2017 kekal kukuh pada 68 peratus, angka yang sama pada 2016.

“Kami juga mahu menjelaska­n bahawa, seperti semua pinjaman, bank akan mempertimb­angkan semua aspek untuk menentukan kemampuan pemohon membayar semula pinjaman semasa proses penilaian kredit mereka,” menurut persatuan itu dalam satu kenyataan semalam.

Prestasi bayaran semula

ABM berkata, antara perkara lain, bank akan mengambil kira rekod prestasi pembayaran semula oleh pemohon, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman terbabit.

“Beberapa sebab utama permohonan pinjaman itu ditolak termasuk sejarah kegagalan kredit atau rekod prestasi yang negatif, ketidakcuk­upan bukti pendapatan, kemampuan bayaran tidak menentu dan pendapatan boleh guna bersih yang rendah,” menurut ABM.

Persatuan itu berkata, bankbank komersial di Malaysia masih menyokong sektor automotif seperti yang ditunjukka­n oleh kadar kelulusan yang tinggi dan pinjaman kenderaan akan terus diberikan kepada peminjam yang layak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia