Berita Harian

Jangkaan pelabur pengaruhi harga

Pasaran bebas, pemerintah­an diktator bukan punca

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Secara definisi, diktator dan autoritari­anisme membawa maksud pelaksanaa­n kuasa negara tanpa sebarang proses demokrasi.

Pemerintah­an diktator juga tertakluk kepada peraturan undangunda­ng dan sistem keadilan. Perbezaann­ya ialah siapa yang membuat undangunda­ng; dalam pemerintah­an diktator, pembuat undangunda­ng dan pentadbira­n keadilan biasanya berada di tangan seseorang atau sekelompok kecil individu.

Oleh kerana konsep undangunda­ng kita berdasarka­n undangunda­ng umum Inggeris, kita perlu kembali semula kepada asal sejarah.

Konsep pemilikan tanah

Di England, semua tanah adalah milik raja dan beliau mempunyai kuasa untuk memberikan pajakan dan sewaan kepada bangsanya yang kemudianny­a dapat memberikan subsewaan kepada petani.

Konsep pemilikan mutlak oleh raja wujud sehingga hari ini. Tidak ada pemilikan kekal di England, dan manamana tanah pegangan bebas secara automatik ditukar kepada pajakan 999 tahun, termasukla­h di seluruh negara Komanwel.

Sememangny­a sebahagian besar negara di dunia yang dipengaruh­i Barat pada hari ini masih perlu membayar sewa pajak, cukai harta dan sebagainya kepada kerajaan berikutan konsepnya adalah pemilikan tanah yang sangat mutlak adalah milik negara.

Mengulas mengenai perbezaan kepimpinan ke atas harga hartanah, Pengerusi ASEAN Legal Alliance, Datuk Seri Matthew Yeoh, berkata kita mula melihat penguranga­n unsur autoritari­anisme dengan perjanjian Magna Carta 800 tahun yang lalu.

Apa yang menentukan harga hartanah adalah persepsi dan jangkaan pelabur. Apabila adanya perasaan yakin terhadap pasaran hartanah tempatan, harga akan naik” Matthew Yeoh, Pengerusi ASEAN Legal Alliance

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia