Berita Harian

Kamal sanggup menanti

Cuba pulihkan hubungan cinta ketika jalan damai dengan Emma masih samar

- Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Brajamawar@bh.com.my

iar pelbagai tuduhan dilemparka­n kepadanya, Kamal Adli, 31, hanya mampu membisu tanpa mempertaha­nkan diri. Baginya, kemelut yang menguji hubungan cintanya dengan Emma Maembong, 25, baru-baru ini sudah selesai dan tiada apa lagi yang perlu diperkatak­an.

Ketika ini, kata Kamal, dia hanya mengharapk­an doa orang ramai supaya hubungan cinta yang terjalin sejak empat tahun lalu itu akan dapat membawa mereka ke jenjang pelamin.

Masih sayang

Mengakui masih menyayangi Emma dan perasaan itu tidak mampu dinafikann­ya, Kamal berkata, kemelut yang tidak pernah wujud. Ia sebaliknya hanya salah faham, ekoran keserasian yang tercipta antara saya dan Zahirah ketika membintang­i Duda Pujaan Dara.

Sejauh mana Kamal yakin hubungan ini masih mampu diselamatk­an sedangkan Emma terus membisu? KAMAL:

B*POP:

Tidak dinafikan, hubungan kami masih goyah. Jalan untuk pulih juga masih samar, tetapi saya sudah melakukan segala usaha untuk memperbaik­inya. Saya tahu, tidak mudah memujuk hati orang yang terluka. Saya cuba bertahan, tetapi saya tidak tahu apakah saya mampu melakukann­ya.

Apakah Kamal serius mahu mendirikan rumah tangga? KAMAL:

B*POP:

Saya bukan mahu menangguh niat yang baik, tetapi saya perlu turut mengheret pelakon, Zahirah Macwilson hanya salah faham yang sudah diselesaik­an dengan baik.

Kamal berkata, dia bersedia sekiranya terus dipersalah­kan, malah sanggup memikul segala kemungkina­n seandainya hubungan mereka menuju jalan buntu. melakukan persiapan. Segala-galanya perlu lengkap sebelum kami melangkah ke jenjang pelamin. Saya mahu memiliki rumah yang selesa dan kehidupan terjamin. Kekecewaan dalam hubungan lalu membuatkan saya tidak mahu terluka lagi. Disebabkan itu, apabila isu ini tercetus, saya cuba selesaikan dengan cara baik. Jika tidak dapat diselamatk­an lagi, saya reda.

Selepas empat tahun, apakah usaha Kamal untuk membuktika­nnya? KAMAL:

B*POP:

Saya sanggup menunggu Emma, biarpun terpaksa menanti lama kerana dia juga mempunyai impian tersendiri untuk dicapai. Saya berharap apa yang saya cita-citakan ini akan menjadi kenyataan. Sudah lama saya bersedia untuk menjadi suami, cuma menanti lampu hijau daripada Emma dan keluarga.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia