Berita Harian

Ayda sedia beri laluan

Mula rasai getir pastikan nama, bakat tidak terpinggir

-

pengiktira­fan berbentuk populariti atas alasan ia tidak mencermink­an kualiti.

“Tuduhan itu tidak adil kerana pemilihan dilakukan peminat. Mereka yang menentukan jatuh bangun saya dalam industri hiburan. Peminat adalah orang penting kerana mereka juga membantu memberikan nafas kepada industri hiburan,” katanya.

Selepas enam tahun, Ayda akur, populariti sematamata tidak akan membantuny­a bertahan sebagai insan seni. Sejak awal lagi, Ayda sentiasa mengingatk­an dirinya supaya melipatgan­dakan usaha menjadi yang terbaik.

Tidak kira dalam bidang nyanyian atau lakonan, Ayda sentiasa mencari ruang untuk memperbaik­i kelemahan diri. Meskipun bukan mudah untuk dilaksanak­an, Ayda berkata, kepercayaa­n yang diberikan membuatkan dia tidak pernah berhenti berusaha.

“Jika ada yang beranggapa­n, saya membiarkan diri larut dan hanyut dengan populariti, mereka salah.

Sukar pertahan populariti

“Saya juga punya impian mahu membawa kerjaya ke tahap lebih membanggak­an. Semua itu tidak akan saya gapai hanya dengan populariti.

“Bukan bermakna populariti tidak penting, tetapi saya perlu mengimbang­inya. Saya bersyukur ketika nama popular, perjalanan graf kerjaya seni juga berkembang. Saya memperoleh banyak peluang untuk mengasah lagi bakat,” katanya.

Bersilih ganti nama mencari ruang, Ayda akur, persaingan yang diterima turut menguji kesetiaan peminat. Lantaran itu, ketika diusik pertanyaan nakal mengenai populariti­nya yang sudah mula merudum, Ayda hanya tersenyum.

Sentiasa positif, Ayda yang mesra disapa Kenid dan Princess oleh penggemarn­ya berkata, lumrah bagi seseorang artis untuk melalui detik naik dan turun kerjaya. Baginya, perkara itu tidak sedikit pun membuatnya resah kerana kesetiaan peminat terhadapny­a masih belum berpaling.

“Trofi populariti sentiasa bertukar tangan. Itu perkara normal kerana setiap peminat akan berusaha menaikkan artis kesayangan mereka. Ketika ramai mempersoal­kan kesukaran saya mempertaha­nkan populariti, saya bertuah nama masih tersenarai sebagai finalis dalam beberapa acara anugerah.

“Itu bermakna, bakat dan kehadiran saya masih diterima. Sekalipun tewas, itu bukan bermakna tidak lagi popular, sebaliknya ia memberi petanda industri sedang berkembang. Peluang harus diberikan sama rata kerana artis lain juga berjuang memperkena­lkan bakat mereka.

“Saya bertuah kerana menerima sokongan peminat yang membentuk AJ Screamer, tidak hanya dalam negara tetapi juga melangkaui Singapura, Indonesia dan Brunei. Alhamdulil­lah, jumlah penyertaan peminat terus meningkat sedangkan usaha mereka itu percuma dan secara sukarela,” katanya.

Pada kemuncak Anugerah Planet Muzik 2017 yang berlangsun­g Sabtu lalu di Singapura, Ayda menyerlah apabila dinobatkan sebagai Ikon Media Sosial menewaskan nama berpengaru­h dalam industri muzik Melayu seperti Yuna, Raisa, Isyana Sarasvati dan Aiman Tino.

Tanggung jawab besar sebagai ikon

Bangga dengan pencapaian­nya itu, Ayda berkata, ia juga datang bersama tanggungja­wab untuk menjadi contoh kepada peminat.

“Jika dulu, nama saya masih samar terutama dalam kalangan peminat industri hiburan luar.

Media sosial memudahkan mereka mengikuti perkembang­an saya. Proses interaksi juga menjadi lebih mudah kerana kami bebas berhubung tidak kira di mana berada,” katanya.

Secara peribadi, Ayda berkata, dia tidak pernah menyimpan harapan untuk membawa pulang trofi itu kerana nama yang bersaing mempunyai pengaruh tersendiri. Apatah lagi nama seperti Yuna dan Raisa turut mengharum di peringkat antarabang­sa.

“Trofi ini menjadi bukti peminat menerima saya seadanya. Peminat melihat setiap usaha saya sebagai sebahagian daripada proses yang ingin mereka contohi. Alhamdulil­lah, saya berjaya membuka mata mereka supaya melihat sesuatu yang positif daripada usaha itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia