Berita Harian

Debaran dua bulan terakhir 2017

- Dua

bulan terakhir sebelum 2017 ditutup mengundang gundah kepada Ayda. Ini kerana, Ayda berdepan dua perkara penting berkaitan kerjaya seninya. Pertama filem sulungnya, Pinjamkan Hatiku bakal menemui penonton bermula 30 November ini. Seandainya rezeki menyebelah­i, Ayda berharap, dia berpeluang menebus kegagalan menerusi pertaruhan terbarunya, untuk mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik yang akan memulakan persaingan­nya pada 29 Oktober ini. Di sebalik keterujaan itu, Ayda mengakui berdebar memikirkan reaksi penonton terhadap filem yang menemukann­ya dengan dua hero berkaliber, Shaheizy

Sam dan Farid Kamil. sangat istimewa kerana ia memaparkan kisah hidup yang begitu dekat dengan kita semua. Saya beruntung kerana dibimbing dua pelakon hebat selain pengarah, Osman

Ali. Karya ini cukup menguji kerana menuntut saya banyak bermain dengan emosi,” katanya.

Ayda yang turut serius dalam bidang nyanyian menyandar harapan tinggi percubaann­ya menerusi lagu terbaru, Mata akan melakar sesuatu yang manis. Kata Ayda, selepas gagal dengan Pencuri Hati, dia berusaha keras untuk memastikan impiannya melangkah ke kemuncak Anugerah Juara Lagu menjadi kenyataan.

“Jika terpilih pada peringkat Separuh Akhir, sudah pasti saya berusaha keras memberikan yang terbaik untuk memastikan layak ke final. Semua itu berbalik kepada rezeki dan sebagai hambanya, saya hanya berusaha kerana tuah tidak datang bergolek,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pencuri Hati
Mata “Pinjamkan Hatiku Mata
Pencuri Hati Mata “Pinjamkan Hatiku Mata

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia