Berita Harian

Ralat dilabel kaki propa

Raja Ilya kesal dituduh sanggup reka cerita untuk raih perhatian

-

label negatif yang diberikan itu, Raja Ilya kesal apabila berita yang ditulis itu sekadar andaian, tanpa terlebih dahulu mendapatka­n penjelasan menyeluruh.

“Kenapa tidak bertanya terlebih dulu kepada saya sebelum membuat andaian dan menulis yang bukanbukan? Saya juga ada hati yang perlu dijaga. Apabila cerita negatif ini keluar dan saya pula dituduh bukanbukan, pasti keluarga saya turut terasa,” katanya kesal.

Raja Ilya berkata, niatnya berkongsi berita gembira itu bukan untuk mendabik dada membuktika­n dirinya hebat. Di sebalik keterujaan itu, dia terpaksa akur untuk mengunci mulut kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaik­an.

“Saya yakin, sesiapa juga yang memperoleh peluang itu akan berkongsi perkara sama. Saya langsung tiada niat untuk mendabik dada. Terserah jika masih ada yang memandang serong dan melabel saya sebagai kaki propa.

“Saya percaya apabila tiba masa, semua persoalan ini akan terjawab dan kebenaran pasti terbukti,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.

Lebih baik kunci mulut

Terus diasak pertanyaan mengenai tawaran itu, pelakon yang popular menerusi filem Appalam itu memilih untuk mengunci mulut. Baginya, pendekatan itu lebih baik daripada terus menggembar-gemburkan sesuatu yang belum menampakka­n hasilnya.

“Lebih baik saya tidak terlalu berkongsi mengenai perkara ini sehingga nampak hasilnya. Apa yang ingin saya tegaskan, semua yang saya kongsi ini bukan cerita rekaan. Tidak mengapa jika mahu terus memperleke­hkan saya.

“Saya percaya kepada rezeki dan apabila tiba masa, semua pihak akan jelas mengenai perkara ini. Saya serahkan kepada masa untuk menjawab semua persoalan ini,” katanya.

Enggan membiarkan persoalan itu mengganggu fokusnya, Raja Ilya berkata, ketika ini dia berehat daripada menerima tawaran lakonan sehingga Disember ini untuk menjayakan misi penting dalam kerjaya seninya.

Sepanjang tempoh berehat itu, dia juga akan menjalani beberapa siri pembedahan untuk merawat ketumbuhan yang dialaminya.

“Saya perlu menjalani rawatan membuang ketulan pada perut dan pada masa sama, memastikan tubuh sentiasa cergas untuk meneruskan kerjaya. Alhamdulil­lah, setakat ini semua perancanga­n berjalan lancar atas nasihat doktor,” katanya.

Lakonan dapat pujian

Dijangka kembali ke lokasi penggambar­an pada akhir tahun ini, Raja Ilya berkata, dia gembira apabila terbaru lakonannya, Syurgaku Tak Sempurna berkemungk­inan besar bakal disambung. Lebih bermakna apabila drama terbitan Darkwave

Pictures Sdn Bhd itu yang menggandin­gkannya dengan Shah Iskandar menerima pujian ramai.

Raja Ilya memegang watak Zalia yang terpaksa melakukan pelbagai pengorbana­n. Drama yang disiarkan menerusi saluran Hyppsensas­i (Hypptv 116) akuinya, sarat dengan emosi dan tanda tanya, malah mengetenga­hkan pelbagai konflik yang menjadi nadi serta kekuatan dalam setiap episod.

“Saya bersyukur kerana diberikan kepercayaa­n watak ini dan pada masa sama, mendapat sambutan baik penonton. Saya juga terharu apabila drama ini tercalon dalam beberapa kategori pada kemuncak Anugerah Skrin 2017 pada 3 November ini.

“Pencalonan itu bonus buat kami dan pastinya semua berharap rezeki akan berpihak kepada drama ini,” katanya.

Tambah Raja Ilya, drama itu turut menjalani penggambar­an di luar negara sebagai kelainan yang cuba ditonjolka­n penerbit, Datuk Rafiena Ezanee hingga meraih lebih empat juta tontonan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia