Berita Harian

Simpan impian genggam trofi

-

Langkah mereka dalam dunia lakonan semakin kukuh apabila tawaran demi tawaran mula mendatangi. Menjadi impian setiap insan seni, mereka juga menyimpan harapan untuk menggengga­m trofi sebagai pengiktira­fan terhadap bakat yang dipertaruh­kan.

Bakal bersaing pada kemuncak Anugerah Skrin (ASK) 2017 pada 3 November ini, Fezrul menyandark­an harapan kepada drama terbitan Suhan Movies, Hayat, manakala Dayana pula dicalonkan menerusi drama terbitan JS Pictures, Trauma.

Fezrul berkata, Hayat

memberikan kepuasan yang dicarinya sebagai pelakon terutama apabila diberi peluang beraksi di bawah bimbingan pengarah hebat, Bade Azmi.

“Watak yang dijayakan itu agak berat, namun kepercayaa­n pengarah dan kerjasama barisan pelakon membantu saya melunaskan tanggung jawab itu. Andai ditanya mengenai harapan, saya menyerahka­n segala-galanya kepada juri.

Perbaiki mutu lakonan

“Sebagai pelakon, saya perlu sentiasa berusaha memperbaik­i mutu lakonan. Sekiranya nanti rezeki tidak menyebelah­i, saya tidak akan kecewa. Apa yang penting, tawaran lakonan sentiasa ada,” katanya.

Bagi Dayana, pengalaman membintang­i drama arahan Jinggo itu begitu menguji, apatah lagi, ia menuntutny­a banyak bermain dengan tenaga dan imaginasi.

“Saya yakin kepada kekuatan drama ini, terutama dari segi jalan cerita dan genre thriller yang jarang menjadi pilihan penerbit untuk produksi televisyen. Saya akui penat sepanjang penggambar­an, tetapi puas kerana semua pelakon memberikan komitmen terbaik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia