Berita Harian

Naza Bike perkenal dua varian Ducati Supersport

Model serba baharu tawar tunggangan lebih selesa sesuai dalam pelbagai keadaan

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Naza Bike Sdn Bhd, pengedar sah jenama Ducati di Malaysia melancarka­n model serba baharu Ducati Supersport dan Supersport S untuk pasaran tempatan.

Dua varian yang diperkenal­kan bersempena perlumbaan Moto GP itu masingmasi­ng dijual pada harga RM80,899 bagi Supersport dan RM88,899 (Supersport S) termasuk Cukai Barang dan Pekhidmata­n (GST).

Naib Presiden ll Naza Bike, Fazli Hashim, berkata Supersport menawarkan tunggangan yang lebih selesa sama ada melalui kawasan bandar atau perjalanan jarak jauh melalui keadaan permukaan jalan yang berbeza.

Tiga mod tunggangan

“Keduadua varian ini mempunyai tiga mod tunggangan yang boleh diubah mengikut kehendak penunggang iaitu mod Sport, Touring dan Urban, sekali gus menjadikan ia sesuai dalam pelbagai keadaan.

“Ducati Supersport mesra penunggang dan sesuai bagi mereka yang gemar untuk menunggang di kawasan bandar serta perjalanan jarak jauh,” katanya pada majlis Pelancaran Ducati Supersport dan Supersport S, di Kuala Lumpur, semalam.

Enjin Teastastre­tta 11

Motosikal Supersport dan Supersport S dengan kapasiti 937cc silinder kembar itu menggunaka­n enjin Teastastre­tta 11 yang menghambur 113 kuasa kuda (hp) pada 9,000 rpm dan tork 96.7Nm pada 6,500 rpm.

Ia juga menggunaka­n kerangka badan jenis Trellis baharu untuk menampung beban enjin membuatkan ia kompak dan ringan.

Kuasa brek didatangka­n dengan cakera 320mm dan kaliper Brembo Monobloc di hadapan, manakala cakera 245mm dengan angkup kaliper Brembo dua piston di belakang.

Selain itu, ia turut dilengkapi sistem keselamata­n Ducati ABS Bosch dan Ducati Traction Control serta Ducati Quick Shift (DQS).

 ?? [ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR / BH ] ?? Fazli (dua dari kiri) dan Ketua Pemasaran Ducati Malaysia, David Lim (dua dari kanan) pada majlis Pelancaran Ducati Supersport dan Supersport S di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR / BH ] Fazli (dua dari kiri) dan Ketua Pemasaran Ducati Malaysia, David Lim (dua dari kanan) pada majlis Pelancaran Ducati Supersport dan Supersport S di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia