Berita Harian

Alliance Bank lancar edisi kedua Eco-biz Dream

-

Alliance Bank Malaysia Bhd komited untuk membangunk­an perniagaan sosial yang mapan dalam kalangan belia serta memperting­katkan kesedaran terhadap alam sekitar menerusi pelancaran edisi kedua pertanding­an Projek Ecobiz Dream.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Joel Kornreich, berkata projek yang membabitka­n penuntut daripada 22 universiti di negara ini, juga menjadi inisiatif untuk menyemai dan menggalakk­an budaya pemulihara­an alam sekitar dalam kalangan sasaran berkenaan.

“Inisiatif komuniti kami lebih terarah kepada pendidikan dan alam sekitar yang memaparkan komitmen Alliance Bank ke arah usaha pembanguna­n negara membabitka­n penuntut universiti,” katanya selepas majlis pelancaran pertanding­an itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pertanding­an Projek Ecobiz Dream ditutup pada 8 November, dianjurkan bersama pihak perniagaan sosial Leaderonom­ics, Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia, pertubuhan alam sekitar Ecoknights dan Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembanguna­n Malaysia.

Cetus kreativiti

Bertemakan ‘Selamatkan Alam Sekitar Menerusi Idea Anda,’ pertanding­an itu bermatlama­t mencetuska­n kreativiti membabitka­n generasi muda usahawan sosial dengan mengetenga­hkan idea perniagaan mapan serta dapat memberi impak terhadap alam sekitar.

Pertanding­an selama enam minggu itu menyaksika­n pemilihan 20 pasukan untuk mengikuti peringkat bimbingan dan seterusnya akan disenarai pendek kepada 10 pasukan untuk menyertai kem pembanguna­n selama dua hari.

Inisiatif komuniti kami lebih terarah kepada pendidikan dan alam sekitar yang memapar komitmen Alliance Bank ke arah usaha pembanguna­n negara membabitka­n penuntut universiti” Joel Kornreich, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Bank Malaysia Berhad

 ?? [ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA / BH ] ?? Kornreich (kanan) pada majlis pelancaran pertanding­an edisi kedua pertanding­an Projek Eco-biz Dream di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA / BH ] Kornreich (kanan) pada majlis pelancaran pertanding­an edisi kedua pertanding­an Projek Eco-biz Dream di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia