Berita Harian

PETRONAS tawar kombo sarapan RM5

Sajian berbeza Morning@mesra disedia vendor terpilih di 450 stesen

- Oleh Haryani Ngah

Pelbagai pilihan sajian set kombo sarapan pada harga RM5 disediakan kepada pelanggan stesen PETRONAS menerusi Mornings@mesra.

Kombo sarapan itu ditawarkan PETRONAS Dagangan Berhad (PBD) di 450 stesen PETRONAS terbabit di seluruh negara.

Dengan hanya membayar RM5, pelanggan dapat menikmati mi- numan Milo atau Nescafe bersama satu sajian pilihan sama ada nasi kerabu, mi goreng, mihun goreng atau nasi lemak.

Ketua Jabatan Pemasaran Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Abang Jimmy Abang Mordian, berkata Morning@mesra bertujuan menyediaka­n pilihan sarapan yang cepat pada harga berpatutan kepada pelanggan terutama pekerja dan ibu bapa.

Nikmati sarapan berkualiti

“Sajian untuk Mornings@mesra disediakan oleh vendor terpilih bagi memastikan pelanggan dapat menikmati sarapan berkualiti.

Sajian ikut cita rasa pelanggan

“Sajian ini berbeza di setiap lokasi mengikut cita rasa pelanggan. Antara yang popular disediakan seperti nasi lemak Presint 9 Putrajaya dan nasi lemak Sri Hartamas.

“Bagi sesetengah tempat mungkin nasi kerabu atau pulut kuning dan menu ini disediakan. Ia bergantung kepada permintaan pelanggan,” katanya pada pelancaran Mornings@mesra fasa kedua di stesen PETRONAS Sungai Besi, semalam.

Morning@mesra diperkenal­kan pada Mac lalu hanya menyajikan nasi lemak dan minuman Nescafe serta membabitka­n 250 stesen sahaja.

Berikutan sambutan menggalakk­an, PBD memperkena­lkan fasa kedua dengan lebih banyak pilihan menu.

Dengan adanya Mornings@mesra, PBD juga dapat membantu peniaga kecil mengembang­kan perniagaan dan meningkatk­an pendapatan.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Pelbagai pilihan sajian set kombo sarapan pada harga RM5 disediakan untuk pelanggan di stesen PETRONAS.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Pelbagai pilihan sajian set kombo sarapan pada harga RM5 disediakan untuk pelanggan di stesen PETRONAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia