Berita Harian

Ketepi kegembiraa­n Deepavali demi anak leukemia

-

Bukit Mertajam: Kemeriahan Deepavali tidak memberi erti kepada R Ghaayathir­an, 18, pesakit leukemia tahap empat dari Jalan Siram, Butterwort­h, di sini.

Malah, keluargany­a juga melakukan pengorbana­n apabila tidak membuat sebarang persiapan untuk meraikan Deepavali, demi menghormat­i remaja itu yang disahkan menghidap leukemia pada Mei tahun lalu.

Ibunya, A Geetha Nair, 47, berkata emosi Ghaayathir­an mula terganggu selepas mengetahui peluang untuk kembali sembuh adalah tipis sehingga langsung tidak mahu melakukan sebarang rawatan lagi.

Usaha rawat penyakit

“Hati ibu mana tidak sedih apabila mendengar luahan anak yang sudah berputus asa untuk hidup. Kami semua sudah melakukan banyak usaha untuk merawat penyakitny­a.

“Saya lihat dia murung, kurang bercakap dan tidak mahu berjumpa sesiapa. Jadi, kami sekeluarga berkorban untuk tidak menyambut Deepavali tahun ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Terdahulu, Ghaayathir­an bersama tiga pesakit kanser lain diraikan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said pada program Sahabat Anak Kanser Utara di sebuah restoran di Bandar Baru Perda, di sini.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, pihaknya berasa terpanggil membantu meniupkan semangat kepada insan yang kurang bernasib baik.

“Pesakit kanser ini sangat memerlukan keprihatin­an dan katakata semangat daripada masyarakat, bukan wang ringgit menjadi keutamaan mereka,” katanya.

Semalam, Mohd Zaidi turut memuat naik video di laman Facebookny­a, khusus sebagai pembakar semangat untuk Ghaayathir­an.

Hati ibu mana tidak sedih apabila mendengar luahan anak yang sudah berputus asa untuk hidup. Kami semua sudah melakukan banyak usaha untuk merawat penyakitny­a” A Geetha Nair

 ?? [FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] ?? Mohd Zaidi membaca kad ucapan tanda terima kasih dihasilkan oleh Ghaayathir­an pada program Sahabat Anak Kanser Utara di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, semalam.
[FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] Mohd Zaidi membaca kad ucapan tanda terima kasih dihasilkan oleh Ghaayathir­an pada program Sahabat Anak Kanser Utara di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia