Berita Harian

Dinding perlu sentiasa bersih

-

di kawasan bandar berbanding 2.6 peratus di negara membangun,” katanya.

Dr Amir Hamzah berkata demikian pada program Kesejahter­aan Kanak-kanak Bersama Persatuan Nasional anjuran Nippon Paint Malaysia Group, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program merangkumi kempen pendidikan bagi memperkasa­kan peranan ibu bapa ke arah menyediaka­n persekitar­an lebih baik untuk kanak-kanak.

4.3 maut kesan pencemaran

Beliau berkata, mutu udara di dalam bangunan tidak boleh dipandang ringan kerana kanak-kanak kecil berada di antara lapan hingga 20 jam sehari di dalam bangunan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatatka­n 4.3 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat pendedahan kepada bahan cemar dalaman seperti radon, karbon monoksida, VOC dan formaldehi­d.

Satu daripada lima orang sangat peka terhadap formaldehi­d walaupun pada kadar pendedahan yang rendah terutama dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Virus pada dinding, lantai

Apabila bayi meningkat usia dan bertatih, mereka mula meneroka persekitar­an dengan merangkak, menyentuh, merasa dan menggigit benda berhampira­n mereka.

“Potensi risiko kesihatan dalam bangunan akan meningkat apabila kanakkanak terdedah kepada pelbagai jenis permukaan seperti dinding dan lantai yang mungkin mengandung­i virus serta bakteria.

“Kanak-kanak bawah lima tahun paling mudah dijangkiti virus dan bakteria seperti HFMD kerana banyak menghabisk­an masa di pusat jagaan kanak-kanak, sekolah dan di rumah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia