Berita Harian

Usah taasub ‘fatwa kontrovers­i’ individu

-

Menjadi tanggungja­wab pemerintah Islam dalam mentadbir dan mengatur sebuah negara menjaga kepentinga­n umum menurut hukum syarak bertujuan menjamin maslahah serta menghindar­i daripada kemudarata­n.

Menurut konsep siasah syar’iyah, pemerintah diberi kuasa mengatur kemaslahat­an dan kepentinga­n umum dalam negara sesuai dengan keadaan semasa serta tuntutan setempat dengan syarat tidak bercanggah prinsip dasar agama Islam.

Hakikat ini yang perlu difahami khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang agama dan bangsa bagi memastikan keharmonia­n hidup bersama dapat dipertahan. Khusus kepada umat Islam, kefahaman itu mampu mengelak daripada terus berbalah dalam perkara khilaf.

Realiti yang berlaku, ada ketetapan dibuat oleh pemerintah dilihat sesetengah pihak sebagai tidak tegas atau tidak adil untuk kelompok tertentu. Malah, wujud tanggapan seolah-olah umat Islam banyak tunduk kepada desakan bukan Islam dalam perkara sepatutnya dijuarai orang Islam.

Melihat kepada status di laman Facebook Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, beliau peka dengan situasi yang berlaku dan menasihatk­an masyarakat supaya merujuk kepada pihak yang betul-betul berautorit­i dalam hal ehwal hukum serta fatwa.

Hormati institusi agama

Kebimbanga­n beliau, ‘fatwa kontrovers­i’ daripada individu selain mufti hanya akan mencetuska­n kekeliruan, kekeruhan dan polemik yang tidak menguntung­kan bahkan boleh menjadi fitnah kepada kesucian agama Islam.

Diminta mengulas lanjut, Asyraf berkata, masyarakat perlu dididik supaya menghormat­i struktur institusi agama dan dalam konteks negara, hanya mufti yang dilantik secara sah oleh Sultan sahaja yang mempunyai kuasa mengeluark­an fatwa.

Ini sejajar kaedah fekah yang masyhur: “Keputusan (atau fatwa) hakim atau mufti (yang dilantik pemerintah) mengangkat segala perbezaan pandangan.”

Ini bermakna, sebarang hukum yang dikeluarka­n oleh individu tidak kira berstatus ulama sehinggala­h kepada penceramah agama akan kekal sebagai pandangan

Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

masing-masing yang tiada apaapa kesan perundanga­n.

Dari segi struktur perundanga­n negara, sebagaiman­a yang diperuntuk­kan dalam Perlembaga­an Persekutua­n, kuasa agama Islam terletak di bawah Sultan dan kerajaan negeri.

Maka sesuatu pandangan agama hanya sah dan mempunyai kesan perundanga­n apabila sudah diputuskan oleh mufti yang selalunya dibahaskan secara jemaah dalam Jawatankua­sa Fatwa Negeri (ijtihad jamaie) sebelum dibawa kepada Sultan yang menjadi ketua agama di negeri.

Apabila diperkenan­kan oleh Sultan dan diwartakan, barulah fatwa itu sah, mempunyai kredibilit­i dan mengikat dari segi perundanga­n.

Terima perbezaan pendapat

Menyentuh mengenai isu fatwa yang kadangkala berbeza antara satu negeri dengan negeri lain, Asyraf berkata, itulah bukti keluasan Islam kerana dalam hal membabitka­n perkara samar-samar yang memerlukan ijtihad, ia terbuka kepada pandangan dan perbahasan.

Beliau berkata, semua pihak perlu berlapang dada menerima pandangan yang berbeza dan memberi kepercayaa­n kepada mufti serta tidak membuat tanggapan bahawa mereka saling bertentang­an disebabkan perbezaan itu.

“Nabi Muhammad SAW sudah menyatakan, apabila seorang mufti itu berijtihad dan benar, maka dia berhak mendapat dua pahala dan jika dia berijtihad, lalu salah, maka dia mendapat satu pahala. Kedua-duanya betul.

“Prinsip Islam ialah apabila menerima pandangan, jangan taasub hingga menafikan atau meremehkan pandangan yang lain. Sebab itu dalam soal hukum ini, kita perlu merujuk kepada mufti,” katanya.

Beliau berkata, mufti melihat sesuatu itu dalam kerangka yang menyeluruh, berasaskan kajian bukan menyatakan pandangan seseorang dan ijtihad mereka adalah keputusan yang dicapai secara kolektif. Oleh itu, hukum dibuat melihat kepada konteks bukan hanya teks.

Jangan jadi hamba teknologi

Beliau berkata, masyarakat juga perlu memahami bahawa penyelaras­an hukum oleh Jawatankua­sa Fatwa yang dianggotai mufti sebagai rujukan semua pihak bagi mengelak timbul kekeliruan yang boleh menjurus kepada perbalahan, perselisih­an serta perpecahan.

Menurut Ayraf, masalah dapat diatasi jika semua pihak memahami dan menghormat­i institusi agama di negara ini selain boleh berlapang dada pada perkara khilaf demi memelihara keharmonia­n serta berusaha mencari kebenaran untuk mencapai kesepakata­n.

“Jika tidak, inilah yang menyebabka­n masyarakat lebih cenderung terdedah kepada pelbagai polemik membabitka­n hukum atau pandangan agama sebab pandangan mufti tidak secocok dengan inspirasi individu. Kita perlu ingat, kita hidup dalam masyarakat, maka maslahah umum lebih penting,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an supaya jangan terbawa-bawa dengan fenomena penularan maklumat sehingga bertuhanka­n teknologi dan menganggap apa yang dikeluarka­n di laman sosial itu mutlak hingga dengan mudah mengangkat orang yang popular atau ramai pengikut sebagai ulama berautorit­i.

Ditanya perlukah badan atau pihak yang menjelaska­n keadaan terhadap isu menjadi tumpuan umum, katanya, pendekatan diambil Mufti Wilayah menerusi penerbitan Bayan Linnas yang memberi penjelasan mengenai sesuatu hukum secara terperinci boleh dijadikan contoh.

“Ini pendekatan yang boleh diambil oleh institusi agama untuk perjelaska­n. Ulama dan cendekiawa­n Islam dapat membantu memberi pencerahan dan secara tidak langsung ini dapat mengembali­kan keyakinan sebagai pihak berautorit­i,” katanya.

Prinsip Islam ialah apabila menerima pandangan, jangan taasub hingga menafikan atau meremehkan pandangan yang lain. Sebab itu dalam soal hukum ini, kita perlu merujuk kepada mufti”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia