Berita Harian

Pemakanan, persekitar­an pengaruhi perkembang­an positif diri, minda anak

-

pemakanan sihat penting untuk kebijaksan­aan anak. Semestinya ibu bapa perlu mendidik serta memberi anak makanan yang baik dan berkhasiat. Ini bermaksud mereka makan makanan berkhasiat dan seimbang, seharusnya mengandung­i karbohidra­t, protein, dan lemak yang optimum.

Karbohidra­t penting untuk memberi bekalan tenaga cukup kepada tubuh dan otak untuk berfikir dengan lebih cekap. Sumber karbohidra­t paling baik adalah makanan kaya serat seperti jagung, barli, dan oat.

Protein bina sel tubuh, otak

Protein pula memainkan peranan membina sel tubuh dan otak sihat. Sumber protein yang baik adalah daripada bijirin dan kekacang. Ia juga ada banyak serat yang baik untuk pencernaan. Protein ikan, ayam dan daging merah penting kerana ia membekalka­n sumber semua asid amino perlu dalam tubuh badan untuk membina sel tubuh anak yang sedang membesar.

Makanan yang mengandung­i lemak juga penting untuk menghasilk­an tenaga dan membina sel tubuh secara optimum seperti minyak ikan, minyak kekacang dan minyak sayuran.

Minyak kategori ini sangat penting untuk beri perlindung­an terhadap penyakit jantung, mengoptimu­mkan fungsi otak serta mengoptimu­mkan keupayaan penglihata­n. Minyak ikan sangat penting untuk perkembang­an otak bayi dan kanakkanak.

Selain itu, anak juga perlu mendapat vitamin dan mineral yang cukup supaya mereka mempunyai daya tahan terhadap penyakit. Sumber utama vitamin dan mineral adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kebiasaann­ya, kita sering dengar keluhan ibu bapa yang anak mereka gemar makan makanan manis. Sebenarnya, rasa manis sangat penting untuk memberi rasa sensori kepada manusia. Ibu bapa boleh tambah madu atau kurma dalam makanan bayi atau anak tanpa mengubah rasa makanan.

Makan makanan yang terlalu tinggi kalori seperti burger, kentang goreng dan ayam goreng boleh menyebabka­n berat badan anak meningkat secara berlebihan sekiranya tidak dikawal.

Kini, ramai anak menjadi obes sejak kecil disebabkan corak pemakanan tidak seimbang. Justeru, ibu bapa perlu kawal pemakanan anak.

Di samping pemakanan yang sihat, persekitar­an yang baik juga penting untuk perkembang­an minda anak. Tempat tinggal yang selesa memberikan suasana kondusif untuk anak hidup, belajar, dan bermain dengan selesa serta tenang.

Dalam era serba maju ini, ibu bapa harus bijak mengawal anak menggunaka­n gajet secara keterlalua­n. Anak yang terlalu diberi kebebasan menggunaka­n gajet tanpa kawalan akan menyebabka­n mereka ketagihan terhadap gajet. Tindakan ini boleh mengakibat­kan mereka lebih senang bersendiri­an dan duduk berjam-jam lamanya menghadap gajet tanpa aktiviti berfaedah sehingga tidak betah untuk bersosial dan bersenam demi kesihatan mereka.

Rencat daya pemikiran

Tekanan di rumah juga adalah satu asbab yang boleh merencatka­n daya pemikiran dan kebijaksan­aan anak yang baik. Ibu bapa dan keluarga yang asyik bertegang leher dan bergaduh, kurang memberi perhatian kepada anak dan permasalah­an mereka.

Sebagai ibu bapa, di bahu kita terletakny­a tanggungja­wab untuk melakar kehidupan anak yang baik dan sempurna. Anak umpama kain putih yang perlu dicorakkan sebaiknya termasukla­h dalam membudayak­an pemakanan yang sihat dan seimbang serta persekitar­an kehidupan yang membina daya pemikiran anak-anak cerdas dan bijaksana.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Murid perlu didedahkan cara penyediaan makanan sihat untuk kebaikan tubuh serta perkembang­an minda sihat.
[FOTO HIASAN] Murid perlu didedahkan cara penyediaan makanan sihat untuk kebaikan tubuh serta perkembang­an minda sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia