Berita Harian

Kanak-kanak Rohingya menderita

UNICEF desak salur bantuan segera di Bangladesh

-

Kira-kira 340,000 kanakkanak Rohingya hidup dalam persekitar­an kotor, selain berdepan kekurangan makanan, air bersih dan penjagaan kesihatan di kebanyakan kem di Bangladesh, lapor Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).

Laporan bertajuk ‘Terbuang dan Terdesak’ itu mendedahka­n kira-kira 12,000 kanak-kanak tiba setiap minggu di kem pelarian terbabit kerana melarikan diri daripada kekejaman tentera di Myanmar.

Keadaan berlarutan

Sejak 25 Ogos lalu, lebih 600,000 pelarian Rohingya sudah meninggalk­an kediaman mereka di Rakhine, selepas tentera Myanmar melancarka­n kempen yang disifatkan sebagai ‘pembersiha­n etnik’ oleh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB).

“Keadaan ini bukan untuk seketika dan tidak juga akan berakhir segera.

“Oleh itu, adalah penting bagi memastikan pintu sempadan sentiasa dibuka dan perlindung­an sewajarnya diberikan kepada kanakkanak.

“Malah, kanak-kanak yang dilahirkan di Bangladesh diberi peluang sama rata dalam mendaftark­an kelahirann­ya mereka,” kata pegawai UNICEF, Simon Ingram.

Ingram berkata, sebahagian etnik Rohingya tidak memiliki kewarganeg­araan dan kebanyakan­nya lari meninggalk­an Myanmar tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Tanpa dokumen pengenalan diri akan menimbulka­n kesukaran kepada bayi yang lahir di Bangladesh untuk menyertai masyarakat,” katanya yang menghabisk­an masa selama dua minggu di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Selain masalah bekalan air bersih, ketiadaan tandas yang sempurna menjadi masalah utama di kem penempatan sementara pelarian di Bangladesh.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia