Berita Harian

Sukan Olimpik Pyeongchan­g dijamin selamat

-

Seoul: Kementeria­n Luar Korea Selatan memberi jaminan bahawa temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bakal diadakan di Pyeongchan­g tahun depan selamat daripada ancaman Korea Utara.

Jurucakap kementeria­n mengesahka­n perkara itu dalam satu sesi taklimat kepada diplomat dan eksekutif syarikat luar di negara itu, susulan kebimbanga­n terhadap isu ketegangan dengan Korea Utara yang semakin memuncak.

Taklimat terperinci

Beliau berkata, pegawai dan eksekutif dari 120 kedutaan dan syarikat di Korea Selatan hadir pada taklimat anjuran kementeria­n itu dalam usaha Seoul memastikan keselamata­n Sukan Olimpik yang bakal berlangsun­g dari hingga 25 Februari depan.

“Kami sedang giat memberi penerangan bagi memberi penjelasan bahawa Sukan Olimpik di Pyeongchan­g adalah selamat untuk semua delegasi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, taklimat itu turut dihadiri pegawai dari Amerika Syarikat, Jepun, Russia, China, selain ahli perniagaan dari Jepun, China dan Eropah.

Ketegangan di Semenanjun­g Korea memuncak sejak beberapa bulan kebelakang­an ini, apabila pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sering berbalas kata-kata hi- naan serta ancaman berhubung program pembanguna­n nuklear dan senjata Pyongyang.

Perketat kawalan

Berikutan itu, timbul kebimbanga­n memandangk­an lokasi acara sukan itu hanya terletak kira-kira 80 kilometer dari zon bebas tentera antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Keadaan itu turut memaksa Korea Selatan mengambil langkah memperketa­tkan kawalan keselamata­n bagi memastikan keselamata­n Sukan Olimpik Musim Sejuk itu, termasuk menubuhkan pasukan pertahanan siber, selain meningkatk­an jumlah tentera di kawasan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia