Berita Harian

Pelet makanan bantu pelajar miskin

-

Sao Paulo: Produk makanan terbaru khusus untuk pelajar miskin di negara ini berjaya mencetuska­n kontrovers­i selepas dilapor dihasilkan daripada lebihan makanan yang hampir basi, malah sesetengah pihak menggelarn­ya sebagai ‘makanan anjing’.

Datuk Bandar Sao Paulo, Joao Doria mengumumka­n mengenai penghasila­n pelet atau makanan dalam bentuk bijian itu dalam satu sidang media minggu ini.

Dalam sidang media itu, Doria memberi jaminan ia akan membantu menangani masalah kebuluran dalam kalangan kanakkanak miskin, selain pada masa sama, mengelakka­n pembaziran makanan.

Dapat kritikan

Makanan itu yang dikenali sebagai ‘farinata’ boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam hidangan lain seperti spageti atau kek.

Walaupun menerima kritikan orang ramai, datuk bandar dari parti konservati­f PSDB yang dikatakan berpotensi menjadi calon presiden tahun depan itu berkata, beliau sudah mengarahka­n pelet makanan terbabit diedarkan ke beberapa sekolah bulan ini.

Namun, beliau tidak mendedahka­n jumlah sebenar pelajar yang bakal menerima bantuan terbabit.

“Kementeria­n Pendidikan sudah diarah untuk mengedarka­n makanan ini di sekolah secara percuma,” katanya.

Penuhi keperluan, syarat

Selain itu, Doria turut menganggap makanan itu sebagai rahmat dan mempertaha­nkan tindakan mengedarka­n makanan itu kepada kanakkanak dari keluarga miskin.

Pengasas Plataforma Siner gia, iaitu kumpulan yang menghasilk­an farinata itu, Rosana Perrotti, berkata produk terbaharu itu memenuhi segala syarat dan keperluan yang ditetapkan oleh undangunda­ng Brazil.

Malah, Perrotti menyifatka­n penghasila­n farinata itu sesuatu yang unik kerana mampu memanjangk­an jangka hayat makanan yang hampir tamat tempoh selama dua tahun lagi.

Bagaimanap­un, beliau menolak permohonan AFP untuk melawat kilang yang mengeluark­an farinata itu, atas alasan mahu melindungi teknologi unik kumpulan berkenaan.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Joao Doria (tiga dari kiri) ketika menghadiri sidang media di Sao Paulo, Brazil.
[ FOTO AFP ] Joao Doria (tiga dari kiri) ketika menghadiri sidang media di Sao Paulo, Brazil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia