Berita Harian

Pogba sedia kembali beraksi

Namun bos United belum pasti sama ada pemain tengah itu sudah cergas untuk diturunkan

-

Paul Pogba tampak sedia kembali menguatkan Manchester United namun pengendali­nya, Jose Mourinho belum pasti sama ada pemain tengah Perancis itu sudah cergas sepenuhnya untuk diturunkan.

United mengekalka­n rekod cemerlang musim ini meskipun tanpa kelibat Pogba yang mengalami kecederaan hamstring ketika bertemu Basel, bulan lalu dan sedia bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Huddersfie­ld Town, malam ini.

Kehilangan tonggak tengah itu nyata sedikit merencatka­n corak permainan United yang menyaksika­n mereka terikat tanpa jaringan bertemu Liverpool namun meraih kemenangan 1-0 ke atas Benfica pada aksi Liga Juara Juara, kelmarin.

Pasukan itu berdepan kekurangan pemain tengah ketika ini dengan Marouane Fellaini turut dilanda kecederaan ketika membantu Belgium pada aksi Kelayakan Piala Dunia, awal bulan lalu.

Rashford tak serius

Ini bermakna gandingan Nemanja Matic dan Ander Herrera dijangka dikekalkan jika Fellaini ataupun Pogba gagal diturunkan dalam masa terdekat.

Selain dua pemain tengah itu, United juga bimbang dengan kecederaan Marcus Rashford yang mengalami kecederaan lutut ketika aksi Liga Juara Juara, kelmarin.

Dengan Mourinho yang gemar menggilirk­an Rashford dan Anthony Martial pada musim ini, penyerang Perancis itu dijangka sekali lagi akan membarisi kesebelasa­n utama.

“Mengenai Rashford, saya rasakan ia hanyalah kekejangan kerana dia terlalu banyak berlari dan mungkin hanyalah membabitka­n otot yang kepenatan.

“Dia menyatakan ada sesuatu yang tidak kena pada lututnya. Pada pandangan saya, ia seperti kecederaan kecil tetapi kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya harap ada pemain yang akan kembali untuk aksi bertemu Huddersfie­ld. Tetapi saya tidak tahu mengenai Pogba mahupun Fellaini.”

 ??  ?? Pogba mengalami kecederaan hamstring ketika bertemu Basel dalam saingan
Liga Juarajuara Eropah, bulan lalu.
Pogba mengalami kecederaan hamstring ketika bertemu Basel dalam saingan Liga Juarajuara Eropah, bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia