Berita Harian

Khairul Hafiz belum boleh lakukan latihan pecut

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim enggan terburubur­u dalam menerapkan latihan berbentuk pecutan kepada Khairul Hafiz Jantan.

Menurutnya, secara mata kasar memang anak buahnya itu sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring namun masih ada satu dari tiga bahagian perlu diperiksa terlebih dulu.

“Kita lihat kecederaan yang dialami Khairul Hafiz ini membabitka­n tiga bahagian, di mana selepas setengah bulan berehat dua bahagian sudah pulih,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Flagship Superstore Sports Direct, semalam.

Poad berkata bahagian sebelah bawah hamstring masih belum sembuh dan selepas lebih sebulan mereka perlu melakukan imbasan terlebih dulu.

“Saya yakin akan ada banyak perubahan di bahagian berkenaan. Kalau kita ikut kehendak Khairul Hafiz memang dia mahu berlatih tapi kita tangguh dulu.

“Dia (Khairul Hafiz) masih lagi berlatih tapi kita berikan latihan yang sesuai dengan keadaannya sekarang dan masih belum melakukan latihan pecutan.

Bawa rakan lain ke Jerman

“Kami sepatutnya ke Institut Sukan Negara (ISN) untuk melakukan pemeriksaa­n dan imbasan tapi masih belum ada masa. Secara mata kasar memang dia sudah pulih,” kata Poad.

Pilih kejohanan

Ditanya mengenai latihan di Jerman Februari tahun depan, beliau berkata, lokasi latihan adalah sama seperti yang dibawanya tahun lalu sebelum anak buahnya menyertai Kejohanan Remaja Dunia.

“Saya rasa tempat latihan di situ sangat bagus begitu juga dari segi kemudahan. Ia sesuai untuk persiapann­ya ke Sukan Komanwel dan Asia.

“Lagi pun kita juga akan cuba untuk memilih kejohanan bagi Khairul Hafiz dan tidak mahu terlampau banyak sangat dan tumpuan terarah kepada Sukan Asia Palembang-jakarta 2018 untuk membolehka­n dia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

Bagi Kejohanan Dunia Dalam Dewan, Poad berkata, ia adalah pengalaman baru buat anak buahnya itu beraksi buat kali pertama di kejohanan berkenaan.

“Ini kali pertama dia berlari di dalam dewan dan ketika berlatih di Jerman sebelum ini dia pernah beraksi 60 meter.

“Ternyata ia sangat berbeza buatnya dan saya memang mahu mengetenga­hkan dia di peringkat tertinggi.

“Setakat ini hanya Khairul Hafiz seorang saja akan berlatih di Jerman tapi saya akan meminta rakan-rakan lain juga turut diberi peluang agar kami boleh membentuk kuartet 4x100m di sana,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia