Berita Harian

Sivasangar­i, Louw tentukan gelaran

- Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangar­i selangkah lagi muncul pemain kedua negara bergelar juara di Terbuka Malaysia apabila menempah tiket ke perlawanan akhir menentang Milny Louw, hari ini.

Pada aksi separuh akhir semalam, Sivasangar­i tiada masalah menyingkir juara remaja dunia 2017 dari Jepun, Satomi Watanabe dalam pertarunga­n empat set 11-8, 6-11, 11-2, 11-7.

Bagaimanap­un pemain berusia 18 tahun dari Kedah itu sedar dia perlu menempuh satu lagi ujian sebelum dinobatkan sebagai juara.

Miliki kelebihan

“Ini adalah pentas akhir yang pertama bagi saya di kejuaraan besar yang menawarkan hadiah kemenangan bernilai AS$10,000 (RM42,265). Saya gembira menjadi wakil negara di final. Tapi ia belum berakhir. Masih ada satu lagi halangan untuk dilepasi.

“Saya harap tuah memihak kepada saya kerana saya mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri,” katanya.

Tegasnya apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah berehat secukupnya dan bersedia menghadapi cabaran hari ini.

Menanti Sivasangar­i di perlawanan akhir adalah pemain pilihan ketiga dari Afrika Selatan, Milny Louw yang berjaya menewaskan pilihan pertama dari Mesir, Zeina Mickawy 5-11, 11-6, 11-6, 12-10.

Berdasarka­n rekod pertemuan Sivasangar­i mempunyai kelebihan ke atas juara kebangsaan Afrika Selatan itu.

Kali terakhir mereka bertemu adalah tiga minggu lalu yang mana kemenangan berpihak kepada pemain negara 3-0.

Kali terakhir pemain negara menjuarai Terbuka Malaysia adalah pada 2013 menerusi Datuk Nicol David. Untuk rekod Nicol berjaya bergelar juara sebanyak lapan kali sebelum dominasiny­a ditamatkan oleh pemain Mesir, Raneem El Weleily pada 2012 dan 2014.

 ??  ?? Sivasangar­i tiada masalah singkir juara remaja dunia.
Sivasangar­i tiada masalah singkir juara remaja dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia