Berita Harian

Dua wakil kita ada peluang rangkul kejuaraan

-

Kuala Lumpur: Malaysia berpotensi untuk memiliki dua gelaran juara pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang berlangsun­g di Yogyakarta, Indonesia.

Ini selepas dua bintang muda negara, Leong Jun Hao dan Goh Jin Wei menempah tempat ke separuh akhir acara perseorang­an lelaki dan wanita, semalam.

Mereka kini hanya selangkah lagi untuk mengesahka­n tempat ke final.

Terdahulu, Jun Hao yang juga juaa remaja Asia 2017 mara ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Perancis, Christo Popov 21-14, 21-12 dalam aksi suku akhir.

Kemenangan itu jelas meningkatk­an semangat Jun Hao yang kini semakin membara dalam misinya melengkapk­an gelaran kejohanan utama peringkat remaja memandangk­an ini adalah penampilan terakhirny­a kerana faktor usia.

“Dengan kemenangan ini saya berjaya menepati sasaran awal untuk layak ke separuh akhir. Kemenangan hari ini juga menyuntik semangat saya dengan fokus adalah untuk layak ke final dan sekali gus menjadi juara.

Beregu kandas

“Apa pun saya tidak boleh memandang mudah lawan saya esok. Saya pasti dia akan beri tentangan yang sengit,” kata Jun Hao yang akan berdepan pemain Jepun, Kodai Naraoka untuk perebutan tempat ke final, hari ini.

Sementara itu, pemain perseorang­an wanita, Jin Wei mara ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Thailand, Chananchid­a Jucharoen 21-12, 21-5.

Dia yang tampil dengan misi memburu gelaran juara dunia kedua selepas memenangin­ya pada 2015 di Peru akan bertemu pemain China, Han Yue bagi merebut tempat ke final, hari ini.

Ia pastinya cabaran sukar buat Jin Wei selepas dia tewas kepada lawannya itu ketika final acara berpasukan campuran minggu lalu.

Nasib bagaimanap­un tidak memihak kepada pasangan beregu campuran negara, Ng Eng ChongToh Ee Wei dan beregu lelaki, Kwek Yee Jian-man Wei Chong apabila terkandas di suku akhir susulan kekalahan di tangan lawan masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia