Berita Harian

Tiada calon mampu ganti TMJ

Masalah hutang FAM hanya boleh diselesaik­an jika Tunku Ismail terus terajui FAM: Khairy

- Oleh Haika Khazi

Masalah hutang dan kekurangan dana dihadapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekarang hanya boleh diselesaik­an jika Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus kekal sebagai Presiden FAM, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Malah, Khairy yakin bahawa Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mampu menyelesai­kan masalah hutang berjumlah RM49 juta yang ditanggung FAM sekarang dalam masa terdekat.

“Kedudukan kewangan FAM seperti disebutkan Setiausaha Agung FAM hanya dapat diselesai dan diperbaiki dengan kepemimpin­an sedia ada.

“Saya nak jelaskan bukan kerana ada agenda peribadi bahawa kalau kita terus mengkritik kepemimpin­an FAM dan Presidenny­a mengundur diri, apa akan jadi kepada FAM?” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Ke-44 di sini, semalam.

Penaja tengok nama

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, semalam bahawa badan induk itu akan berdepan masalah kewangan sekiranya TMJ melepaskan jawatannya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau juga bimbang tiada calon sesuai mampu menggantik­an TMJ sekiranya baginda benar-benar mengumumka­n peletakkan jawatan selaku Presiden FAM.

“Siapa mampu ganti beliau untuk mencari peruntukan dan penajaan yang besar kerana komitmen penajaan dari syarikat besar sekarang adalah disebabkan beliau (TMJ).

“Jadi tahniahlah kepada penyokong bola sepak negara kerana terus mengkritik FAM tanpa usul periksa. Tengoklah apa akan terjadi kepada FAM kalau TMJ benarbenar letak jawatan?

Bukan setakat hutang malah perbelanja­an FAM sendiri pun tidak dapat dibiayai. Saya tahu kebanyakan syarikat menaja Liga Malaysia (Liga M) sekarang adalah disebabkan beliau.

“Jadi kalau FAM nak selesai hutang dan beri peruntukan RM7 juta semusim kepada persatuan dan kelab di Liga M kita perlu kekalkan kepemimpin­an sedia ada.

“Kalau individu yang tiada nama, pengaruh dan rekod lampau yang cemerlang menjadi Presiden FAM, kamu ingat syarikat besar akan beri duit penajaan kepada FAM ke?” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Ke-44 di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Ke-44 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia