Berita Harian

KAFA sokong penuh usaha, kepemimpin­an Tunku Ismail

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyokong penuh kepemimpin­an dan usaha Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam mengembali­kan kegemilang­an sukan nombor satu negara itu.

Presidenny­a, Bibi Ramjani Ilias Khan, berkata kesungguha­n Tunku Ismail sudah menunjukka­n perubahan positif apabila skuad bawah 22 tahun (B-22) mara ke final Sukan SEA Ogos lalu dan skuad bawah 19 tahun (B-19) muncul naib juara AFF B-18, baru-baru ini.

“KAFA selaku ahli gabungan FAM menyeru seluruh penyokong dan peminat memberikan kepercayaa­n, sokongan, ruang serta peluang kepada kepemimpin­an baharu FAM untuk melaksanak­an agenda mereka bagi mengembali­kan kegemilang­an sukan nombor satu negara ini.

Terus beri sokongan

“Usaha yang bersungguh-sungguh sedang dilaksanak­an FAM di bawah teraju Tunku Ibrahim terbukti berada di landasan tepat apabila beberapa kejayaan sudah dikecapi dalam tempoh singkat,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Mengulas perkembang­an sama, Bibi yakin kepemimpin­an Tunku Ismail mampu jadikan Malaysia kuasa bola sepak di rantau ini dan Asia.

Justeru, beliau menegaskan betapa penting semua pihak menyokong usaha agar badan induk itu dapat melaksanak­an setiap perancanga­n yang dirangka.

“Apa yang penting, kita perlu terus berikan sokongan kepada usaha-usaha yang dilakukan dengan berterusan dan sedang giat dilaksanak­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia