Berita Harian

Safiq tuntut rakan pertahan kelebihan untuk mara

-

Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menuntut rakan sepasukann­ya untuk memastikan aksi 90 minit separuh akhir kedua berdepan Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, menjadi milik mereka.

Safiq antara nadi utama skuad Harimau Selatan sejak 2013 menyifatka­n ini adalah peluang terbaik untuk pasukannya mara ke final selepas 2014.

Namun, perancang tengah itu tetap enggan terlalu selesa kerana sedar Perak pasti akan bermain mati-matian untuk mengatasi kelebihan satu gol tempat lawan yang dimiliki JDT ketika ini.

“Syukur kerana kami berjaya mendapat bekalan gol tempat lawan pada aksi pertama dan ia pasti satu kelebihan bagi kami. Namun kami perlu mengelak daripada terlalu selesa.

Usah bolos

“Kami masih mempunyai 90 minit lagi baki perlawanan di Larkin dan sudah pasti kami mahukan keputusan positif sekali gus mara ke final.

“Kami sebagai pemain perlu sentiasa bersedia dan saya percaya jurulatih sudah mempunyai strategi terbaik untuk berdepan Perak esok (hari ini),” katanya yang mengidamka­n kejuaraan Piala Malaysia bersama JDT.

Berdasarka­n kelebihan gol tempat lawan yang dimiliki ketika ini, JDT hanya perlu memastikan gawang mereka tidak dibolosi The Bos Gaurus untuk melayakkan diri ke final.

Selepas gagal merangkul Piala Malaysia 2014 apabila tewas 3-5 kepada Pahang menerusi penentuan penalti di final, musim ini adalah peluang terbaik JDT untuk menebus kekecewaan itu sekali gus melengkapk­an jumlah trofi saingan bola sepak tempatan yang dimenangi mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia